Asyraf sahkan gambar pemimpin UMNO dihilangkan semasa DAP hadir

May 22, 2023 · Politik

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini tampil menjawab dakwaan berkait gambar bekas-bekas pemimpin parti itu ‘dihilangkan’ di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semasa penganjuran konvensyen kerajaan perpaduan yang turut dihadiri DAP, minggu lalu.

Beliau memberitahu tiada gambar mahu pun hiasan yang kekal di dewan tersebut memandangkan ia terbuka untuk sewaan umum.

“Dewan Merdeka adalah milik WTC yang terbuka dari segi sewaan kepada orang ramai dan sesiapa sahaja yang ingin menganjurkan apa juga bentuk program.

“Dalam Dewan Merdeka tiada sebarang potret pemimpin ataupun hiasan yang bersifat kekal. Kalau Perhimpunan Agung UMNO maka UMNO akan minta WTC utk hiaskan Dewan Merdeka dengan bendera UMNO termasuk dengan potret pemimpin UMNO lampau.

“Tetapi dalam majlis-majlis lain tiada sebarang potret pemipin UMNO. Begitu juga konvensyen nasional. Tiada istilah nak tutup atau mengalihkan mana-mana potret mana-mana pemimpin kerana di dalamnya memang tidak ada sebarang potret atau apa juga hiasan kekal semuanya bergantung kepada cita rasa penganjur,” katanya melalui klip video yang dimuat naik pada akaun-akaun media sosialnya, hari ini.

Semalam, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyuarakan pandangannya terhadap perkara itu di mana beliau mendakwa gambar bekas-bekas pemimpin UMNO ‘hilang’ dari Dewan Merdeka semasa penganjuran konvension nasional.

Dalam pada itu, Asyraf sempat menyindir pihak yang cuba mencetuskan keraguan terhadap pemimpin UMNO hari ini dipercayai merujuk kepada Hishamuddin yang digantung keahliannya sejak awal tahun itu.

“Mungkin ada pemimpin-pemimpin yang dah lama tidak masuk ke dewan merdeka ini. Mereka lupa agaknya.

“Tapi tak apalah, yang penting penjelasan ini seharusnya menutup mulut-mulut yang sengaja mahu mencetuskan keraguan dan mempunyai niat jahat untuk memfitnah kepimpinan seolah-olah kita tidak menghargai atau melupakan jasa pemimpin lampau” katanya.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
52 minit lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
1 jam lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
2 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
2 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok