Asyraf mula terima arahan Najib serang Muhyiddin di Melaka

Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dasuki atau budak suruhan Datuk Seri Najib Razak sudah mula menerima arahan bosnya itu untuk menyerang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berbaki beberapa hari lagi.

Pengikut fanatik Najib itu mula mengkritik Muhyiddin hari ini menerusi satu hantaran di Facebooknya, ia mungkin selepas diarahkan Najib kerana tidak larat lagi membalas kecaman dan kritikan dihadapinya berhubung kes mahkamah yang sedang berjalan.

Dalam serangan Asyraf terhadap Muhyiddin, isu yang dibangkitkan adalah berhubung pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Beliau yang gagal dalam perjuangan untuk mendesak pengeluaran ‘one-off’ RM10,000 wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini sedang berjuang pula untuk mendesak agar projek mega HSR tersebut diteruskan semula.

“Pembatalan juga merencatkan perkembangan industri pelancongan Melaka terutamanya pelancong-pelancong daripada Singapura yang membawa bersama potensi kemasukan dana berbilion dollar Singapura.

“Ini tidak termasuk pulangan besar kepada ekonomi melaka yang bakal dibawa pelancong asing yang boleh transit ke Melaka untuk beberapa hari dalam perjalanan antara Singapura-Kuala Lumpur,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mungkin selepas ini Asyraf akan membuat desakan sama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu HSR ini sama seperti janjinya kepada orang ramai berhubung isu pengeluaran KWSP yang diratibnya setiap hari.

Sebelum ini, Asyraf dan pergerakan itu beria-ia memberi janji manis kepada puluhan ribu individu berkenaan pengeluaran one-off itu, namun ternyata ia tidak disebut langsung dalam Bajet 2022.

Asyraf begitu yakin bahawa kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri akan mendengar desakan Pemuda bagi meluluskan pengeluaran i-Citra one-off itu.

Sebab itu, apa sahaja pertemuannya dengan KWSP, Menteri Kewangan, hatta dengan Perdana Menteri sekali pun, dimuat naik dalam laman sosialnya bagi memberi harapan kepada orang ramai.

Sebelum pembentangan Bajet 2022 semalam, boleh dikatakan setiap hari netizen disajikan dengan keyakinan akan dapat membuat pengeluaran RM10,000 daripada akaun KWSP.

Tak berkelip mata netizen menunggu depan televisyen untuk mendengar Bajet 2022. Fokus mereka kepada pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one-off sebagaimana yang diuar-uarkan Asyraf dan Pemuda UMNO.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR