Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH

December 1, 2022 · Politik

Sebagai tanda menghormati rakan politik baharu UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki disaran memuji DAP dan Pakatan Harapan (PH) selepas ini.

Cadangan tersebut disuarakan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga meminta lebih baik Ketua Pemuda UMNO itu juga memadamkan hantaran dalam akaun Facebooknya sebelum ini yang banyak membidas PH dan DAP.

“Saya risau takut-takut nanti tak dapat jadi Senator sebab PH marah.

“Terutamanya yang kat bawah ni… Tolong ubah jadi sanjungan dan pujian kepada DAP-PH ya,” sindir beliau di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Asyraf dalam kenyataan di Facebooknya pada September 2019 menyenaraikan 10 bukti pimpinan DAP-PH pencetus api perkauman.

Dalam status tersebut, Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO memandang serius dakwaan kononnya pembangkang (PH ketika itu) bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP-PH yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis.

Antara bukti yang disenaraikan Asyraf adalah kenyataan (bekas) Menteri Sumber Manusia DAP, M. Kulasegaran yang menuduh orang Melayu Pendatang dan mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin di tanah ini. (21 Julai 2018);

Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ganabatirau mendakwa serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu-Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian Allahyarham Adib. (26 November 2018).

Untuk rekod, Asyraf kalah sekali lagi dalam pertandingan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) di kerusi Parlimen Gerik.

Spekulasi mengatakan Asyraf berharap dapat dilantik menjadi Senator dan kemudiaannya dilantik sebagai menteri dalam kerajaan PH-Barisan Nasional (BN).

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
4 jam lalu· Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
4 jam lalu · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok