Asyik saman sana sini, netizen persoal bila kerajaan nak selesai masalah rakyat

December 15, 2022 · Politik

Tindakan menyaman musuh politik tidak disenangi netizen (pengguna media sosial) dan mempersoalkan bila kerajaan akan mula menyelesaikan masalah rakyat seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Pengguna media sosial mengkritik kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) apabila mula mengambil tindakan terhadap musuh politik dengan menyaman sana sini, terbaharu Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Muhammad Nor disaman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan PH-BN yang dilihat cuba menyekat kebebasan rakyat bersuara dan cuba menekan pihak lawan dengan tindakan undang-undang hanya kerana mereka sudah menjadi pemerintah.

Orang ramai membidas pemimpin kerajaan sedia supaya fokus mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat khususnya melibatkan kos sara hidup yang semakin membebankan, isu banjir yang sedang melanda beberapa negeri dan meningkatkan semula kedudukan ekonomi negara.

“Saman sana, saman sini, mungkin esok harga minyak turun,Harga telur turun? … Hoi hoi ya hoi… Rakyat sentiasa memerhati.. Nanti papa saman awak,” kata pengguna Facebook, Muhamad Haji Noh di ruang komen artikel ‘Anwar saman MB Kedah’ yang disiarkan Sinar Harian.

Pengguna Facebook, Mohd Noor Basiran pula berkata, “Jadi PM setakat nak tunjuk belang, baik tak payah la Nuar (Anwar). Sikit koyak, sama macam macai-macainya.”

“Rakyat pula patut saman hang, kerja bohong saja… Tak terima perasuah konon,” kata pengguna Facebook Wan Tiey.

Seorang lagi pengguna Facebook, Muhd Ariff pula berkata,”Ya, saman semua… Fokus pada saman orang daripada masalah rakyat. Hidup YB.”

Setakat ini, di ruang komen artikel tersebut sudah mencecah hampir 6,000 lebih komen lebih daripada pengguna media sosial yang memberikan reaksi terhadap tindakan Anwar tersebut.

Majoriti pengguna media sosial mengkritik Anwar dan kerajaan yang dilihat terlalu sibuk menyaman musuh politiknya daripada mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan banyak isu yang sedang dihadapi negara.

Pelbagai isu dibangkitkan oleh rakyat dalam media sosial, antaranya berhubung harga telur ayam yang tinggi dan juga kekurangan bekalan, harga minyak yang tidak turun, kos sara hidup, isu banjir dan banyak lagi yang menjadi keluhan dalam media sosial setakat ini.

Namun, kebelakangan ini isu yang menjadi tumpuan pihak kerajaan sebaliknya dalam memberi tekanan terhadap musuh politiknya dan tiada pengumuman yang diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah dibangkitkan rakyat secara umumnya.

Terdahulu,Anwar selaku plaintif memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah itu pada Selasa melalui firma guamannya, SN Nair & Partners dengan menamakan Sanusi sebagai defendan tunggal.

Bagaimanapun, Sanusi menyatakan ucapannya ketika kempen PRU itu adalah berkaitan sejarah Anwar sebelum ini yang turut terbabit dalam isu moral.

“Jumpa di mahkamah lah… kita kisahkan tentang sejarah,” katanya dalam laporan media sebelum ini bagi mengulas saman dikemukakan Anwar terhadapnya semalam (13 Disember 2022) berhubung ucapan yang didakwa kononnya berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok