Asraf Wajdi ibarat ‘langau politik’, dukung Anwar sebagai PM baharu

August 12, 2021 · Politik

Ketua Pemuda UMNO Datuk Asraf Wajdi Dusuki dibidas kerana berpendirian sama seperti Presidennya yang mahu mendukung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu.

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menyifatkan Asraf Wajdi sekarang sudah menjadi penyokong tegar kluster mahkamah yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mencabarnya untuk menamakan calon Perdana Menteri pilihan mereka sekiranya Tan Sri Muhyiddin dijatuhkan.

“Siapa pula yang Asyraf Wajdi ‘dokong’ untuk diangkat sebagai Perdana Menteri? Anwar Ibrahim?

“Jangan berselindung, orang Melayu nak tahu!” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Asraf Wajdi dalam sidang medianya mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah hilang majoriti dan mendesak pengunduran Muhyiddin, ia walaupun kerajaan berjanji akan membuktikan keabsahan di Parlimen pada September nanti.

Asraf Wajdi nampaknya senada dengan Zahid yang juga membuat gesaan sama walaupun tidak mengetahui hala tuju yang sedang dibawa Presiden UMNO itu.

“Adakah matlamat kelompok ini hanya mahu menjatuhkan kerajaan dengan tanpa rasa tanggungjawab, sanggup membiarkan negara bergelut dengan episod kekalutan seterusnya bagi memilih siapakah Perdana Menteri?

“Berapa lama pula episod kekalutan ini akan berlangsung tanpa mengisi ruang pentadbiran yang melibatkan kepentingan punca eksekutif?

“Rakyat semakin muak dan tersiksa dengan perbuatan utamanya yang dipelopori kluster mahkamah ini!” katanya lagi.

Menurut Ashraf lagi, tindakan tersebut Asraf tersebut ibarat ‘langau politik’ yang gemar kepada sampah, perumpamaan yang pernah digunakan oleh Zahid sendiri sebelum terhadap musuh politiknya.

“Saya menggunakan ayat ‘dukung’ bukanlah ‘sokong’ kerana menyedari Asyraf Wajdi bukan seorang ahli parlimen pun.

“Dan saling tak tumpah ibarat langau politik’ yang gemar kepada sampah (kluster mahkamah dan penyelewengan) contoh yang pernah digunakan oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
10 jam lalu· Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
11 jam lalu· Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
12 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
17 jam lalu· Politik
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
12 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
15 jam lalu · Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
18 jam lalu · Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
18 jam lalu · Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok