Asraf takut tewas pemilihan UMNO jika tak berjawatan

March 30, 2021 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan kebimbangan akan tewas dalam pemilihan parti jika tidak memegang sebarang jawatan memandangkan gesaan pilihan raya parti itu diadakan segera dibuat oleh mereka yang berjawatan.

Asraf meletak syarat Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang mendesak supaya pemilihan parti disegerakan perlu meletak jawatan mereka terlebih dahulu.

“Kalau kita nak percepatkan, saya rasa cara terbaik adalah untuk semua Menteri dan Timbalan Menteri kabinet dapat mengundurkan diri dari kabinet supaya sama level playing field (sama rata) dimana semua bertanding tanpa apa-apa jawatan,” kata beliau menjawab cabaran dibuat oleh bekas ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Asraf memberikan alasan kononnya taktik kotor akan dimainkan oleh mereka yang berjawatan semasa bertanding dalam pemilihan parti nanti jika diadakan.

“Kita takut orang mainkan isu atau fitnah menggunakan jentera kerajaan menggunakan kedudukan untuk pemilihan,” ujarnya.

Terdahulu, Khairy mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menangguhkan pemilihan parti tahun hadapan.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu pemilihan hanya akan dilaksanakan sekiranya tiada pilihan raya umum tahun ini.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok