Aset diisytihar Syed Saddiq berjumlah RM1.9 juta selepas sepenggal jadi MP

November 11, 2022 · Politik

Selepas sepenggal menjadi Ahli Parlimen (MP), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytihar aset keseluruhannya bernilai RM1.9 juta.

Menurut MP Muar yang juga Presiden MUDA itu, aset tersebut diperolehnya sebelum dan selepas menyertai politik serta sepanjang menjadi Menteri semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat pada 2018.

Pengisytiharan harta setakat 30 Sept lalu itu dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960.

Syed Saddiq berkata, jumlah itu termasuk wang tunai dimilikinya berjumlah lebih RM45,000 serta pelaburan lain bernilai RM1.2 juta.

Selain itu beliau turut memiliki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX bernilai RM8,500 selain membiayai kenderaan milik abangnya jenis Honda City sebanyak RM757 sebulan serta sebuah basikal terpakai jenis Pinarello berharga RM8,000.

Selain itu, aset lain diisytiharkan termasuk sebuah unit kondominium di Kuala Lumpur bernilai RM880,000 dan masih dalam pembinaan serta memiliki pegangan 50% rumah keluarga di Elmina, Shah Alam, Selangor.

Beliau turut memiliki dua ekor kucing yang tidak ternilai bernama ‘Toby dan Meow Meow’ selain memaklumkan dirinya tidak memiliki aset, akaun bank di luar negara, tiada sebarang tanah serta baju dan jam mahal.

“Di sini saya nak terangkan juga ini (isytihar) sangat penting untuk ketelusan kena terangkan bagaimana aset itu terkumpul adakah ia sumber sah atau sumber haram.

“Saya juga berharap bahawa khususnya bekas-bekas menteri turut isytihar aset kerana ini penting kerana rakyat nak lihat jumlah gaji tertentu sebelum masuk politik, awal masuk politik dan selepas menjadi menteri lima tahun, 10 tahun sama ada tiba-tiba ada aset berjumlah RM50 juta, RM100 juta termasuk aset di luar negara,” katanya menurut laporan media.

Untuk rekod, Syed Saddiq sedang berdepan kes mahkamah dan sudah diarah membela diri atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Jangan masukkan pemimpin kluster mahkamah dalam Kabinet, kata Bersih kepada Anwar
November 28, 2022· Isu semasa
Skim untuk golongan muda ditawar PN mampu kurang beban kehidupan
November 15, 2022· Politik
Selepas dikritik, PKR kata Anwar dan Azizah isytihar harta hari ini juga
November 8, 2022· Politik
Pengundi baharu tak ikut aktiviti kempen tapi akan keluar mengundi, kata PAS
November 1, 2022· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu · Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok