Armada yakin kerjasama Bersatu, PAS mampu tawan kubu UMNO

October 23, 2022 · Politik

Sayap Pemuda Bersatu – Armada – yakin kerjasama parti itu dan PAS di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) boleh menggegarkan kubu kuat UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Exco Armada Malaysia, Harris Idaham Rashid berkata kerjasama itu pastinya mampu meraih sokongan pengundi Melayu dan Islam sekali gus menjamin kemenangan calon PN.

“Kami akan menawarkan pilihan yang sangat bagus untuk orang Melayu kerana kami bersama PAS. PAS dikenali dengan mempunyai pengundi tegarnya dan (memimpin) beberapa negeri kubu kuat.

“Saya fikir kerjasama antara Bersatu dan PAS mewujudkan pilihan hibrid untuk orang Melayu kerana terdapat pelbagai jenis orang Melayu di luar sana – ada yang sangat Islamik, ada yang lebih liberal dan ada yang berada di tengah-tengah kedua jenis itu.

“Bersatu menarik minat masyarakat yang berbeza. Mereka yang dahulunya menyokong UMNO, yang agak tidak Islamik, mereka kini mempunyai pilihan (dengan Bersatu).

“Saya fikir dengan Bersatu akan menyertai pilihan raya bersama PAS, kita benar-benar boleh menggegarkan kubu kuat Melayu UMNO,” katanya kepada Penerangan Bersatu hari ini (23 Oktober 2022).

Beliau mengulas mengenai calon PN di Kelantan yang akan menggunakan logo PAS untuk pilihan raya akan datang.

Ini akan melibatkan dua pimpinan Bersatu, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
23 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok