ARMADA sokong batal Ordinan Darurat, tumpu usaha perangi Covid-19

July 30, 2021 · Politik

Sayap pemuda Bersatu, ARMADA menyatakan pendirian untuk menyokong langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat disamping menggesa semua pihak menumpukan kepada usaha-usaha menangani krisis Covid-19.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ARMADA menjunjung kasih atas titah dan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung isu pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat dan menegaskan mereka sentiasa mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dan keluhuran undang-undang.

“ARMADA Bersatu Malaysia turut menjunjung kasih ke atas titah pandangan dan keprihatinan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 Julai 2021.

“Kami sentiasa mengambil pendirian yang tegas dalam mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dan sentiasa mendokong keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, ARMADA juga membuat pendirian menyokong penuh pentadbiran kerajaan PN bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat keputusan untuk mebatalkan Ordinan-Ordinan Darurat semasa Sidang Khas Parlimen yang diadakan.

“ARMADA Bersatu Malaysia akan terus berdiri teguh bersama YAB Perdana Menteri dan menyatakan komitmen untuk menyokong keputusan-keputusan yang telah ditetapkan oleh kabinet termasuk pendirian kerajaan untuk membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat,” katanya.

Wan Ahmad Wayhsal juga yakin kerajaan PN sekarang masih memiliki majoriti di Parlimen ia selepas 110 Ahli Parlimen (MP) memberikan sokongan penuh kepada kerajaan sedia ada dan menggesa supaya usaha menangani Covid-19 dijadikan tumpuan utama.

“Sehubungan dengan itu, kami yakin dengan sokongan lebih 110 ahli-ahli parlimen kepada Kerajaan hari ini menjamin kestabilan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19, menyelesaikan masalah ekonomi negara dan untuk menjayakan Program Imunisasi COVID Kebangsaan (PICK) serta perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Semalam, kontroversi tercetus semasa sidang Dewan Rakyat selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang dimuat naik dalam laman Facebook Istana Negara.

Susulan kenyataan tersebut, sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selepas timbul kes jangkitan Covid-19 yang dikesan berlaku dalam Parlimen dan ujian saringan dijalankan kepada semua Ahli Parlimen dan petugas yang berada di kawasan Parlimen.

Berita berkaitan
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
10 jam lalu · Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
10 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
11 jam lalu · Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok