Armada kecam pihak gesa PRU awal ketika rakyat berdepan bencana

September 22, 2022 · Politik

Sayap Pemuda Bersatu hari ini (22 September 2022) mengecam sekeras-kerasnya langkah sesetengah pihak yang secara jelas berusaha memanipulasi peranan politik demi kepentingan peribadi, dengan bertekad untuk melaksanakan pilihan raya tatkala rakyat sedang bergelut dengan pelbagai isu yang mengancam kehidupan, keselamatan dan nyawa mereka.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kelompok ini langsung tidak mempedulikan amaran Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa negara lazim berisiko dilanda banjir besar pada setiap hujung tahun.

Menurutnya ketika paras air di beberapa sungai utama terus naik akibat hujan berterusan beberapa hari ini, mereka “sanggup meredah banjir untuk bertanding” dan mendesak agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

“Selain isu bencana, harga barangan keperluan asas semasa masih berada di paras tinggi yang membebankan rakyat. Kejatuhan nilai ringgit yang berterusan juga menyebabkan harga makanan semakin mahal kesan kebergantungan import.

“Badan-badan utama seperti IMF dan Bank Dunia turut memberi amaran bahawa ekonomi global akan terus meleset malah berhadapan dengan risiko gawat. Rakyat akan kehilangan kerja dan gaji yang bermaruah,” katanya pada sidang media hari ini.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Sehubungan itu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggesa semua pihak memberikan sepenuh tumpuan kepada hal-hal berikut:

(a) Seluruh agensi kerajaan meneruskan persiapan untuk menghadapi bencana banjir seperti yang telah diarahkan;

(b) Pihak-pihak berkuasa disarankan agar melibatkan sektor ketiga, khususnya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO-NGO) tempatan dalam persiapan agar mereka dapat membantu mobilisasi sukarelawan dan bentuk bantuan lain jika diperlukan;

(c) Kerajaan melalui Belanjawan 2023 dan program-program khas lain dapat membuat intervensi yang diperlukan dalam sektor-sektor tertentu bagi membendung kesan daripada kemelesetan ekonomi di peringkat global;

(d) Kerajaan melakukan intervensi segera untuk menstabilkan nilai ringgit. Malaysia mengimport makanan dalam jumlah yang besar. Nilai ringgit yang lemah akan menyebabkan bebanan besar kepada rakyat kerana barang keperluan asas akan menjadi semakin mahal;

(e) Kerajaan perlu mempertimbangkan bantuan, khususnya untuk golongan berikut:

(i) Moratorium penuh tanpa faedah selama 6-12 bulan untuk semua bentuk pinjaman pendidikan;

(ii) Keringanan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk pinjaman perniagaan, termasuk pilihan moratorium dan pembiayaan semula yang mudah dan tidak membebankan. Adalah penting untuk Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) memastikan bahawa program yang diberikan membantu dan bukannya membebankan peminjam;

(f) Membentuk konsensus nasional antara semua parti politik dan pihak- pihak berkepentingan lain untuk menolak pilihanraya umum yang ke-15 sehingga tamat penggal. Keutamaan haruslah diberikan untuk kebajikan rakyat dan ekonomi negara, bukannya politik yang tidak berkesudahan.

Beliau berkata, Armada juga telah menggerakkan jentera di seluruh negara melalui Skuad Bersatu Prihatin untuk berhadapan dengan risiko banjir hujung tahun ini dengan turut melancarkan badan sukarela yang dikenali sebagai Pertubuhan Kemanusiaan dan Kesihatan Malaysia yang terdiri dalam kalangan doktor perubatan dan anggota kesihatan.

“Di samping itu, Armada akan memberikan sepenuh sokongan terhadap sebarang agenda yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” katanya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
24 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
24 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok