Armada Bersatu buat laporan polis terhadap Zahid

August 29, 2022 · Politik

Armada Bersatu Malaysia menyifatkan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Taklimat Khas Presiden, Sabtu lalu, berbaur hasutan dan mengancam keselamatan negara.

Sehubungan itu, Armada telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kerana berpendapat intipati ucapan itu dengan jelas menghasut rakyat.

Ketua Penerangan Armada Mohd Ashraf Mustaqim berkata Zahid dalam ucapannya telah menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

“Ingin menanam kebencian, menanam prasangka supaya rakyat tidak mempercayai integriti institusi-institusi ini, sekali gus mengancam keselamatan negara.

“Zahid telah membuat fitnah terhadap sistem kehakiman negara yang kononnya telah dinodai oleh tangan-tangan ghaib, ia jelas telah menghasut rakyat dan merosakkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis itu.

Ashraf berkata ucapan itu juga cuba menyemarakkan api kemarahan ahli UMNO yang hadir pada taklimat itu untuk membenci institusi kehakiman negara.

“Zahid juga menfitnah mahkamah, kononnya sudah bersiap sedia untuk membebaskan Syed Saddiq dan Lim Guan Eng walaupun kesnya belum selesai dibicarakan.

“Sedangkan mahkamah kita bersifat bebas, terbukti sejak di bawah kerajaan Perikatan Nasional kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada satu campur tangan pun di dalam sistem kehakiman,” katanya.

Dalam Taklimat Khas Presiden UMNO pada Sabtu, ucapan-ucapan pemimpin UMNO antaranya Ahmad Zahid; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said turut menyentuh berkaitan kes Najib itu.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
15 minit lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok