Apakah PKR sudah buka keahlian kepada warga Bangladesh?

Papan tanda cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempunyai tulisan dalam bahasa Benggali – bahasa rasmi Bangladesh – menimbulkan persoalan sama ada bangsa Melayu kini sudah tidak menyokong parti itu lagi.

Lalu, PKR mula membuka keahliannya kepada warga Bangladesh yang ramai di negara ini.

Is susulan beberapa papan tanda cawangan atau ranting parti itu, khususnya di kawasan Parlimen Kuala Selangor yang banyak tertera tulisan Benggali yang menjadi bahasa rasmi Bangladesh.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata berlaku kesilapan dalam cetakan tulisan papan tanda tersebut.

“Saya berasa kesal di atas isu kesilapan cetakan bahasa pada papan tanda ranting cabang Kuala Selangor yang telah dipasang di beberapa lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, gambar papan tanda bertulis beberapa bahasa termasuk Cina dan jawi beredar di media sosial menyebabkan ramai ahli parti itu yang mempersoalkan tindakan mencetak bahasa Benggali.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli hadir pada majlis sambutan Deepavali tetapi tidak memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal. – Gambar FB Juwairiya Zulkifli

Sementara itu, semakan Agenda Daily dalam laman Facebook beliau, mendapati Juwairiya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan tidak memakai pelitup muka dan melaksanakan penjarakan fizikal ketika hadir pada satu majlis sambutan Deepavali, baru-baru ini.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik beliau dalam laman Facebook itu, sesetengah pengunjung majlis berkenaan juga didapati tidak mematuhi perintah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Walaupun Selangor kini berada di bawah Fasa 4 PPN, semua individu diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam.

Majlis rasmi kerajaan dan swasta juga dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal.

BERITA BERKAIT
POPULAR