Apabila Muhyiddin meledak

September 20, 2022 · Politik

Jarang sekali kita melihat Muhyiddin secara terbuka menggelarkan seseorang itu sebagai gagal. Sebelum ini, dia hanya melemparkan label itu kepada Najib susulan skandal 1MDB.

Namun, semalam Muhyiddin meledak apabila secara berterus-terang beliau menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang gagal menguruskan ekonomi dan negara.

Semua orang bersetuju dengan pandangan Muhyiddin itu. Memang betul ekonomi negara dalam keadaan kronik, harga barang melambung dan nilai ringgit pada masa yang sama menjunam teruk tetapi Ismail Sabri tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini.

Hakikatnya, Muhyiddin memperkatakan sesuatu yang realiti. Tetapi apa yang menarik untuk dikupas ialah kenapa beliau memilih waktu sekarang untuk meledak?

Sebenarnya Muhyiddin sedang mempersiapkan partinya untuk bertempur, beliau mahu memberikan mood perang kepada partinya. Ini kerana beliau tahu bahawa Kluster Mahkamah yang mengawal UMNO sedang menekan Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen. Beliau juga tahu, Ismail Sabri tidak akan mampu bertahan lama dengan tekanan tersebut.

Ertinya, pilihan raya umum sudah terlalu dekat, tak kisahlah sama ada akhir tahun ini atau tahun depan.

Jadi, suka tak suka, beliau perlu berdepan dengan Ismail Sabri dan UMNO dalam pilihan raya umum sebagai lawan.

Pada masa yang sama, Muhyiddin sedar bahawa penerimaan rakyat terhadap Ismail Sabri amat buruk. Jika benar hanya 35 peratus sahaja rakyat Malaysia yang berpuas hati dengan prestasi Ismail Sabri sebagaimana didedahkan Muhyiddin semalam – maka, BN perlu menimbangkan semula kewajaran menjadikan Naib Presiden UMNO itu sebagai poster boy untuk PRU-15.

Malah, jika dibuat perbandingan, rating Najib pada April 2018 iaitu sebulan sebelum PRU-14 lebih tinggi daripada Ismail Sabri iaitu 38 peratus – tetapi akhirnya BN tetap tersungkur.

Dalam hal ini, apabila beliau memilih untuk meledak semalam – Muhyiddin sebenarnya ingin memberi mesej yang jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa dia tiada kena mengena dengan kegagalan Ismail Sabri atau dengan kata lain – Muhyiddin tidak mahu dikaitkan dengan Ismail Sabri, baik dalam aspek pengurusan negara mahupun dalam soal kegagalan penggantinya itu menepati janji.

Tapi, Ismail Sabri tampil membalas dengan berkata jika dia gagal sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin juga turut sama gagal sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Salah!!! Itu salah sama sekali. Ismail Sabri tidak boleh menggunakan logik sebegitu untuk menghina pemikiran rakyat Malaysia.

Hakikatnya, sebagai Pengerusi MPN, Muhyiddin tidak mempunyai kuasa eksekutif. MPN hanya membuat cadangan kepada Jemaah Menteri yang dipengerusikan Ismail Sabri dan sebagaimana ditegaskan Muhyiddin semalam, Ismail Sabri tidak ambil peduli pun kepada banyak cadangan yang dibuat MPN.

Selain itu, langkah Muhyiddin mengkritik Perdana Menteri secara terbuka semalam juga bertujuan untuk memaklumkan kepada para menteri Bersatu yang adalah dalam Kabinet dan juga rakan gabungan dalam Perikatan Nasional bahawa inilah masanya untuk menyisih daripada Ismail Sabri jika mahu menang PRU-15.

Tentunya sangat janggal untuk mereka terus menyokong Ismail Sabri tetapi kemudian mengkritik dalam kempen pilihan raya.

Jelas, Muhyiddin sedang mempersiapkan partinya untuk bertempur.

Apa pun, mesej yang paling jelas yang mahu disampaikan Muhyiddin adalah kepada Ismail Sabri sendiri. Beliau mahu Ismail Sabri tahu bahawa Bersatu tidak akan memberi talian hayat kepadanya untuk keluar daripada tekanan Kluster Mahkamah. Bagi Muhyiddin, jika Kluster Mahkamah mahukan pilihan raya umum diadakan tahun ini – dia dan 29 Ahli Parlimen BERSATU akan berbuat hal yang sama. Muhyiddin tahu dia perlu bertindak pada waktu yang tepat.

Buktinya walaupun Muhyiddin telah mengkritik Ismail Sabri secara terbuka, tiada seorang pun pemimpin UMNO yang tampil mempertahankan Ismail Sabri dalam tempoh 24 jam.

Facebook Najib juga diam. Sebelum ini, ia akan menyerang balas Muhyiddin hanya berselang beberapa minit selepas Muhyiddin berkata sesuatu. Tetapi kini, Facebook Najib yang diisytiharkan sebagai suara UMNO oleh Zahid cuma kaku, diam membisu.

Tapi jangan salah faham. Orang UMNO masih kekal benci Muhyiddin tetapi mereka kini lebih bencikan Ismail Sabri.

Syahril Ghazali

Penulis seorang pemerhati politikd dan pembaca Agenda Daily

*Artikel ini adalah pendapat penulis dan tiada kaitan dengan Agenda Daily.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Jho Low dijatuhi hukuman penjara di mahkamah Kuwait
March 29, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
4 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
15 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
15 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
16 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok