Apabila bertembung banyak penjuru, UMNO lah menang banyak: Mahdzir

October 20, 2022 · Politik

Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak menolak kemenangan yang lebih besar akan diperoleh UMNO-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika berlaku pertembungan banyak penjuru.

Naib Presiden UMNO itu berkata apabila banyak parti bertanding dalam PRU-15, ia sudah semestinya memberi kelebihan kepada mereka dan menyifatkan ia sesuatu yang baik jika berlaku banyak pertembungan banyak penjuru kali ini.

“Itu baik untuk kita (banyak penjuru). Baik sebab (apabila) banyak sangat, kita menanglah,” katanya dipetik laporan media.

Tidak dinafikan, PRU-15 kali ini bakal menyaksikan pertembungan banyak parti dan gabungan politik di suatu kawasan.

Untuk rekod, tiga gabungan terbesar selain BN adalah Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mana-mana parti layak untuk bertanding pada PRU-15 dan ia merupakan satu amalan demokrasi yang sihat kerana ia memberi peluang yang sama rata kepada semua pihak untuk memberi khidmat terbaik kepada pengundi.

“Dalam sebuah negara demokrasi ini, saya ingat kita tak boleh kiralah semua orang (parti) akan bertanding. Dia akan jadi empat lima enam penjuru.

“Jadi tu saya ingat, makin banyak parti ni, makin banyak lagilah (penjuru).

“Tu tak jadi sepuluh lagi. Mungkin satu hari nanti sepuluh penjuru sebab makin hari makin banyak penjuru,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh pengundian PRU-15 ditetapkan pada 19 Nov.

Rekod pertembungan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sudah membuktikan apabila berlaku pertembungan banyak penjuru ia menguntungkan UMNO-BN kerana berjaya memenangi banyak kerusi, malah meraih kemenangan dua pertiga majoriti di negeri tersebut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
15 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
6 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
10 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
14 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok