Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang

March 19, 2023 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini membidas pemimpin PKR yang menuduh PAS mempolitikkan agama, sambil menyifatkan Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menunjukkan kejahilan terhadap al-Quran.

Presiden PAS itu berkata kenyataan berkenaan jelas menunjukkan kejahilan dan sifat buta al-Quran yang lebih parah daripada sifat buta huruf, selain melawan kitab suci itu.

“Ahli-ahli PKR sepatutnya bersikap ‘menyerang’ terhadap kenyataan-kenyataan ahli politik yang berkeras untuk mempolitikkan agama, demikian kata-kata salah seorang pemimpin parti itu dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Khas PKR semalam.

“Apa yang dipertahankan oleh PKR itu merupakan ajaran yang dinyatakan oleh Bible (Injil) yang telah dipesongkan daripada agama para anbiya’, sepertimana yang disebutkan dalam petikan ini:

“Render unto Caesar the things which are Caesar’s, and unto God the things that are God’s.”

“Serahkan urusan kerajaan kepada raja (manusia), dan serahkan urusan Tuhan kepada Tuhan.” (Matthew 22: 21)

Beliau berkata demikian dalam Minda Presiden PAS bertajuk ‘PKR lawan al-Quran’ yang disiarkan dalam Facebook beliau hari ini (Ahad, 19 Mac 2023), tanpa menyebut mana-mana pemimpin terbabit.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dipercayai berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Saifuddin pada Kongres Nasional Khas PKR semalam.

“Hari ini kita boleh tengok di kalangann politik pembangkang apabila Raja dan Sultan menganjurkan supaya masjid jangan digunakan sebagai pentas politik, seorang pemimpin pembangkang tanpa rasa bersalah kata akan teruskan ceramah politik dalam masjid kerana dalam Islam ada politik.

“Memang dalam Islam ada politik, tapi kita dituntut berpolitik secara agama, bukan mempolitikkan agama,” kata Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri pada kongres itu.

Menjawab persoalan itu, Abdul Hadi meminta semua pihak membaca perlembagaan PAS yang menegaskan hukum tertinggi ialah al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas.

“Inilah asas agama yang menjadi pegangan PAS dan perjuangannya. Adakah kerana perkara ini, maka PAS dituduh memperalatkan agama?

“Bagaimanakah pula dengan perjuangan PKR? Kita berharap supaya mereka kembali kepada al-Quran; petunjuk Allah SWT yang kekal terpelihara sepanjang zaman.

“Sesungguhnya, melawan al-Quran bermakna melawan Allah yang Maha Berkuasa,” katanya memberi peringatan.

Berita berkaitan
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu· Politik
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Sekarang sedang bincang dengan BN, kata Saifuddin berhubung agihan kerusi
March 17, 2023· Politik
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok