Apa sudah jadi dengan UMNO, pecat sesuka hati saja sekarang: Muhyiddin

January 28, 2023 · Politik

UMNO kini sudah tidak lagi menjadi benteng untuk mempertahankan orang Melayu dan tiada lagi demokrasi dalam parti tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden dan dipecat pada 2016 lalu berkata apa sudah jadi kepada UMNO apabila pemimpin yang bijak pun dipecat dan tidak lagi ada demokrasi dalam parti tersebut sehingga boleh memecat sesuka hati demi kepentingan politik individu tertentu.

“Kerana saya bekas timbalan presiden saya pernah bersama dalam parti itu begitu lama, saya fikir kalau orang seperti saya pun yang lain pun lihat tentu mereka agak rasa tak tahulah nak kata kecewakah rasa berdukacitakah.

“Apa dah jadi dengan UMNO ni,macam sudah tak ada demokrasi. Buat keputusan pecat macam itu saja,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pagoh hari ini.

Jelas Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, mengikut pengalamannya sesuatu tindakan disiplin yang hendak diambil terhadap ahli parti perlu melalui proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan tetapi malangnya semalam nampak UMNO dengan mudah memecat sesiapa sahaja.

“Ia (tindakan disiplin) ada perlembagaan setahu saya dan saya dulu pengerusi jawatankuasa perlembagaan UMNO. 

“Peruntukan kalau seseorang pemimpin pun nak dipecat, ada prosedur. Hantar surat tunjuk sebab. Lepas itu ada ruang untuk dirayu, dipertimbangkan. Tapi yang ini macam dengar semalam, terus buat keputusan. Saya tak tahulah mungkin kuasa Presiden agak itu lebih besar,” katanya lagi.

Jelas Muhyiddin lagi, UMNO kini berada di persimpangan dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas selepas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertindak luar batas dengan mengambil tindakan mengikut nafsu politiknya semata-mata.

“Tapi saya fikir masa depan Melayu dengan UMNO sudah tak ada lagilah. Minta maaflah ya.

“Presiden sudah bertindak luar batas. Dia telah membawa UMNO ke satu hala tujuan yang bukan di difikirkan awal-awal sebgitu jauh simpangnya,” katanya lagi.

Realitinya, Muhyiddin berkata UMNO sudah ditolak orang Melayu dan ia terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Tapi hakikat realiti dah ramai orang Melayu mula sedar. Itu buktinya bila? Pada pilihan raya lalu di mana sokongan Melayu, pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional melonjak saya fikir hampir dekat 80 peratus menyokong. Itu satu perkembangan yang baik,” ujarnya lagi.

Malam tadi, UMNO memulakan operasi pembersihan dalaman parti yang menyaksikan beberapa pemimpin utama parti itu dipecat dan digantung keahlian, sementara ratusan ahli-ahlinya dibuang parti.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
59 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
11 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok