Anwar yang hubungi Zahid rancang komplot, tapi salahkan Muhyiddin pula

January 15, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkomplot dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), tetapi kini cuba memesongkan fakta tersebut.

Ketua Pembangkang itu didedahkan dalam satu perbualan tular dengan Presiden UMNO dalam menjatuhkan kerajaan PN dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, walhal diketahui umum Zahid dan beberapa pemimpin UMNO sedang berdepan pertuduhan di mahkamah.

Untuk rekod, Anwar juga terlibat secara langsung dalam merancang menjatuhkan kerajaan PN bersama-sama dengan pemimpin UMNO yang berada dalam Kluster Mahkamah.

Walaupun secara jelas terdapat bukti Anwar merancang bersama-sama pemimpin UMNO Kluster Mahkamah, Anwar kini pula mahu Muhyiddin menjelaskan berhubung dakwaan wujud campur tangan dalam institusi kehakiman.

“Kita juga menunggu dan menuntut penjelasan lanjut dari Muhyiddin Yassin tatkala beliau sendiri yang mendedahkan bahawa wujudnya cubaan untuk mengubungi beliau agar mencampuri urusan mahkamah dalam kes-kes berprofil tinggi.

“Ini kerana timbulnya kemusykilan dan kecurigaan umum apakah pihak eksekutif mencampuri urusan kehakiman meski kita akui adanya hakim-hakim yang tegas dan patuh tunduk pada hukum,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Semasa kemelut politik tahun lalu yang menyaksikan 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO menarik sokongan terhadap pentadbiran Muhyiddin, Anwar yang menggepalai blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) turut serta dalam memberi desakan terhadap kerajaan ketika itu.

Muhyiddin enggan tunduk kepada 15 MP UMNO tersebut yang sedang berdepan kes mahkamah mahu beliau mencampuri urusan kehakiman sehingga menyebabkan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan sehingga kehilangan majoriti.

Berita berkaitan
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
16 jam lalu· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
16 jam lalu· Politik
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
22 jam lalu· Politik
Popular
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
August 14, 2022
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
August 14, 2022
Tok Mat lepas jawatan timbalan pengerusi jika BN gagal bentuk kerajaan
August 14, 2022
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Tok Mat lepas jawatan timbalan pengerusi jika BN gagal bentuk kerajaan
14 jam lalu · Politik
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
16 jam lalu · Politik
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
18 jam lalu · Politik
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
22 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok