Anwar yang dulu terhina kini ‘naik taraf’ jadi ‘menteri’, hasil MOU

October 12, 2021 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat Ketua Pembangkang menjadi setaraf dengan pejabat menteri.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dengan perubahan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat pelbagai kemudahan seperti seorang menteri.

Menurut hantaran Ahli Parlimen (MP) Seremban itu lagi, perubahan kedudukan itu dimaklumkan sendiri Ismail kepada Anwar sebelum mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan pusat dengan Pakatan Harapan (PH).

Pertemuan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Parlimen petang semalam.

“Sebelum mesyuarat bermula, PM menyerahkan surat pengesahan kepada Ketua Pembangkang untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat menteri,” katanya dalam laporan Malaysiakini.

Putrajaya dan PH menandatangani MOU pada 13 September lalu yang menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam beberapa aspek bagi mencapai kestabilan politik dalam negara.

Melalui MOU itu kerajaan menjanjikan beberapa pembaharuan termasuk reformasi Parlimen, Undi18, had jawatan seseorang PM dan kebebasan badan kehakiman.

Sebagai balasan, PH yang menjadi blok pembangkang terbesar di Dewan Rakyat akan menyokong atau berkecuali dalam undian B2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengannya.

Ia dengan syarat penggubalan belanjawan dan rang undang-undang (RUU) yang berkaitan dengannya dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kerajaan dan PH.

PH juga akan menyokong atau berkecuali dalam sebarang RUU yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya, dengan syarat perangkaannya turut dirunding dan dipersetujui secara bersama.

Kata Loke mesyuarat semalam membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda-agenda pembaharuan yang dipersetujui bersama baru-baru ini.

Menurutnya beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan parlimen yang akan datang.

Kata bekas menteri pengangkutan itu, mesyuarat jawatankuasa terbabit akan diadakan sekali setiap dua minggu.

“Mesyuarat seperti ini membawa satu budaya politik yang baru untuk negara kita.

“Walaupun ada perbezaan politik di antara parti, kita tetap boleh duduk bersama untuk berbincang dan mencari titik persamaan demi kepentingan negara,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok