Anwar ucap selamat bersidang kepada perwakilan UMNO

March 25, 2021 · Politik

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu poster yang sedang tular menyampaikan ucapan selamat bersidang kepada para perwakilan UMNO yang akan berkumpul hujung minggu ini dalam Perhimpunan Agung tahunan mereka.

Dalam poster yang sedang tular di media sosial tersebut, dua lagi pimpinan utama PKR dilihat bersama Anwar adalah Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pihak Agenda Daily cuba mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berhubung poster tersebut untuk mengesahkan kesahihannya bagaimanapun gagal dihubungi.

Baru-baru ini, Anwar semasa wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia mengesahkan wujud perbincangan tidak rasmi untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Anwar menjelaskan kerjasama tersebut tidak mustahil berlaku sekiranya ia berlandaskan kepada idealisme dan bukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan ‘menteri’ UMNO.

Menurut Ketua Pembangkang itu lagi, perbincangan tersebut adalah naratif baharu politik yang merangkul semua aspek termasuk melibatkan perpaduan gabungan tersebut.

Ini bukan kali pertama khabar angin berhubung kerjasama antara PKR dan UMNO, malah sebelum ini juga didedahkan oleh media berhubung surat sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara.

Kedua-dua pemimpin berpengaruh UMNO itu sehingga hari ini masih tidak menafikan berhubung kewujudan surat sokongan tersebut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
8 jam lalu· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
11 jam lalu· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
11 jam lalu· Isu semasa
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
11 jam lalu· Politik
Popular
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
December 6, 2022
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
11 jam lalu · Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
14 jam lalu · Politik
Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula
14 jam lalu · Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
17 jam lalu · Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok