Anwar tumbang sekali lagi kepada anak murid, PH semakin ditolak

Dua kali Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbang kepada anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kali ini lebih memalukan apabila Pakatan Harapan (PH) dipimpinnya kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sudahlah ditipu berjanji untuk melantik menjadi Perdana Menteri (PM), Anwar kini dimalukan di Melaka apabila gagal meraih sebarang kerusi dan lebih teruk lagi rakan parti dalam PH juga terkena tempias kerana kebodohan strategi Presiden PKR itu.

Keputusan PRN Melaka adalah satu tamparan atau pukulan kepada PH supaya mencari jalan segera untuk menangani kelemahan mereka dan pastinya jalan terbaik adalah dengan menyingkirkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

DAP dan Amanah tidak mengambil pengajaran sebelum ini selepas ditipu dengan janji Anwar kononnya memiliki majoriti untuk menjadi PM sehingga menyebabkan UMNO kembali menjadi dominan di Putrajaya selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pentaksub Anwar dalam PH terlalu memuja pemimpin politik yang sudah tidak relevan tersebut sehingga sanggup mengadai maruah berunding dengan UMNO semata-mata untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Rakyat Melaka menghukum PH kerana terlalu mempercayai kata-kata Anwar yang hanya mahu mengejar cita-citanya untuk menjadi PM sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin UMNO sebelum ini.

Jika PH mahu selamat dan tidak menerima kekalahan yang lebih memalukan, sudah sampai masanya mereka mencari jalan untuk menunjukkan Anwar jalan keluar. Sudah-sudahlah mempercayai strategi dan kata-kata manis Anwar yang sememangnya tidak lagi relevan dalam politik negara.

Tindakan Anwar yang mengambil ‘katak berprinsip’ untuk bertanding atas tiket PH nyata memberikan kesan buruk dan ia terbukti dengan keputusan semalam, DAP hilang banyak kerusinya dimenanginya sebelum ini dan lebih malang lagi PKR tidak menang satu kerusi di Melaka.

PKR tewas di semua 11 DUN yang ditandinginya.

Penganalisis menyifatkan kekalahan teruk kepada PH kerana hilang banyak sokongan khususnya pengundi Melayu, ia berpunca dari Anwar yang menjadi punca kepada banyak kemelut politik dalam negara.

“Ia adalah kekalahan teruk. PKR pimpinan Anwar yang ‘menerima’ katak politik menerima kekalahan paling teruk. PH hilang sokongan, khususnya dikalangan pengundi muda Melayu,” kata penganalisis Bridget Welsh.

Untuk rekod, krisis politik sebelum ini juga dicetuskan Anwar di peringkat kerajaan pusat apabila membuat pakatan sulit dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan turut menjadi punca krisis di Melaka apabila menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menarik sokongan sehingga tumbangnya kerajaan Melaka.

Anwar sebelum dikaitkan dalam satu klip audio tular kontroversi dengan Zahid yang dianggap sebagai anak muridnya sendiri.

BERITA BERKAIT
POPULAR