Anwar tiada majoriti, DAP rayu Shafie sokong Anwar sebagai calon PM

August 15, 2021 · Politik

Menyedari Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tiada majoriti, DAP kini mendesak supaya Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mengambil tanggungjawab untuk menyokong Ketua Pembangkang itu sebagai calon Perdana Menteri (PM) baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Anwar dan Shafie perlu duduk semeja dan mengenepikan perbezaan untuk memastikan blok pembangkang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan PH Plus dapat kembali berada di Putrajaya sebagai kerajaan pusat.

“Kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal memikul tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat rakyat. Pasti ada alternatif kepada pemerintah PN (Perikatan Nasional) yang gagal sehingga menyebabkan jumlah jangkitan dan kematian tinggi direkodkan serta gagal memulihkan ekonomi daripada kemelesetan.

“Kekal dengan pemerintah PN yang gagal bukanlah jalan keluar untuk masalah yang dihadapi oleh negara, sedangkan seluruh pemerintahan PN adalah masalahnya,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Rayuan tersebut dibuat pada ketika spekulasi berhubung peletakan jawatan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang bertiup kencang.

Bagaimanapun, Anwar yang bercita-cita menjadi PM juga juga tidak mempunyai majoriti yang dikehendaki dan lebih membimbangkan mereka ketika ini adalah UMNO akan dapat kembali berkuasa sebagai parti dominan dan dilantik jawatan PM dikalangan Ahli Parlimen (MP) mereka.

Agenda Daily juga melaporkan UMNO sedang memujuk supaya Bersatu dan PAS bersetuju dengan nama calon PM yang akan diketengahkan mereka.

Untuk rekod, Warisan yang dipimpin Shafie mempunyai 8 kerusi MP dan dilihat setia bersama kem Tun Dr Mahathir Mohamad yang memiliki 4 kerusi parlimen.

Jelas Guan Eng, pendekatan terbaik sekarang adalah blok pembangkang mencapai persefahaman untuk berada dalam satu khemah besar.

“PH bersama dengan blok pembangkang yang terdiri daripada 105 Ahli Parlimen tidak boleh membuang masa tetapi menggunakan pendekatan khemah besar untuk menuntut kembali mandat mereka sebagai pemerintah yang dipilih secara perlembagaan oleh rakyat.

“Hanya dengan bermula dari 105 Ahli Parlimen pembangkang, Ahli Parlimen PH Plus dapat menuntut kembali mandat pilihan raya 2018 yang dirompak oleh pemerintah pintu belakang yang terdiri daripada parti-parti yang ditolak oleh rakyat,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Shafie sebelum ini berkata PH Plus sudah berkubur ia susulan perbezaan pandangan dengan PKR yang tercetus sebelum ini.

Jumaat lalu, Muhyiddin menyenaraikan tujuh perkara dalam cadangannya kepada parti-parti pembangkang bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan yang menurut beliau boleh mencetuskan risiko kekosongan kuasa ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Antara lain, beliau berjanji untuk menyalurkan peruntukan dana yang sama rata kepada semua ahli Parlimen, menggubal undang-undang anti lompat parti, menghadkan penggal jawatan perdana menteri, dan memastikan perwakilan Ahli Parlimen yang seimbang sama ada daripada kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen.

Muhyiddin juga turut berjanji untuk melaksanakan Undi 18 bagi membolehkan mereka yang berusia 18 tahun ke atas mengundi pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, blok pembangkang menolak mentah-mentah cadangan tersebut.

Berita berkaitan
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
9 jam lalu· Isu semasa
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
12 jam lalu· Politik
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
14 jam lalu· Politik
Usul bahas isu ekonomi dan kejatuhan ringgit ditolak Dewan Rakyat
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
11 jam lalu · Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
15 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
17 jam lalu · Politik
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
17 jam lalu · Politik
Kalau tak semua mungkin tempat tertentu, PAS berunding kerusi dengan UMNO
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok