Anwar tiada integriti, PH tak layak wakili rakyat: Ingatan buat pengundi

November 16, 2022 · Politik

Pemimpin Pakatan Harapan (PH), terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah kehilangan kata-kata untuk meyakinkan rakyat mengenai kebolehan dan keupayaan mereka untuk mentadbir negara dan menangani masalah ekonomi yang dihadapi.

Sebab itu sekarang ini mereka membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan tanpa bukti, yang merupakan satu penipuan, kata Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sejak akhir-akhir ini terdengar pelbagai dakwaan yang dibuat PH. Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul dengan dakwaan itu dan ini. Beliau mendakwa Perikatan Nasional sebagai parti paling kaya.

“Jika betul apa yang didakwa mana buktinya? Saya cabar Anwar kemukakan bukti dan penyata. Jangan cakap sahaja. Jika tak ada bukti maknanya hal itu tidak betul. Anwar menipu dan tidak boleh dipercayai!,” katanya sambil menegaskan pemimpin seperti itu tidak mempunyai integriti dan tidak layak mewakili rakyat.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata Anwar juga mendakwa wujud rundingan antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional (BN) untuk menubuh kerajaan.

“Sekali lagi saya tegaskan mana buktinya? Ternyata segala dakwaan Anwar ini hanyalah tuduhan semata-mata tanpa bukti kukuh.

“Dia kehilangan hujah untuk meneruskan kempen (PH). Pemimpin sebegini tiada integriti dan tidak layak mewakili rakyat,” kata Muhyiddin dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat membuat penilaian semasak-masaknya untuk memilih pemimpin dengan melihat kembali sejarah PH dan Anwar.

Sebaliknya, kata Muhyiddin pemimpin Perikatan Nasional tidak pernah terlibat dengan rasuah dan salah laku moral dan beliau berjanji akan menunaikan semua tawaran yang termaktub dalam manifesto PN BEST.

“Berikan mandat anda kepada Perikatan Nasional untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. PN terbukti berjaya mengurus negara. Khidmat terbaik yang akan kita sediakan termasuk tawaran pengeluaran KWSP dan moratorium bersasar.

“Sumbangan RM1,000 untuk belia melanjutkan pelajaran ke universiti dan diskaun 25 peratus bayaran balik wang PTPTN. Tawaran satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan melancarkan MyPrihatin yang memberi bantuan segera kepada rakyat miskin.

“Semua janji ini antara yang termaktub dalam Tawaran PN BEST adalah bersifat realistik. Bulatkan tekad anda terus menyokong Perikatan Nasional, parti terbaik, stabil, telus dan amanah serta menjaga kemakmuran rakyat berbilang kaum dan keturunan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
6 jam lalu· Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
10 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
19 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
20 jam lalu· Rencana
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
14 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
16 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok