Anwar terus kata ada sokongan majoriti, Zahid dan Najib serah SD

July 16, 2022 · Politik

Walaupun telah lama berlalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri kelapan setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan, dan ketika krisis kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu.

Presiden PKR itu mendakwa menerima sokongan 118 ahli Parlimen ketika itu yang akan menjadikannya ahli Dewan Rakyat dengan undi terbanyak daripada 222.

Beliau mendakwa menerima akuan bersumpah (SD) sokongan daripada ahli Parlimen UMNO jika bersetuju membantu supaya pertuduhan jenayah dan rasuah digugurkan terhadap pemimpin mereka Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tahun lepas, ketika kerajaan PN menghadapi krisis keyakinan, tetapi enggan tunduk kepada tuntutan mereka.

Memetik MalayMail, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa beliau dan sekutu dalam PH telah menolak 15 SD UMNO, sambil menambah dua daripadanya adalah Najib dan Zahid.

“Saya tidak kata OK, saya tidak minta maaf. Saya berkata kita akan berjuang dan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Orang ramai kata saya gagal dan gagal (menjadi PM). Jika anda mahu saya berjaya dengan menjilat mereka yang korup, cari presiden baharu,” katanya kepada lebih 2,600 perwakilan PKR pada hari kedua kongres nasional tiga hari parti itu di Shah Alam.

Sehubungan itu, beliau memberitahu perwakilan PKR untuk memilih pemimpin baharu jika mereka tidak berpuas hati sehingga beliau terus gagal menjadi PM Malaysia.

Presiden PKR itu berkata beliau boleh menjadi PM sejak lama dahulu jika beliau bersedia untuk akur dan mengadakan perjanjian dengan orang yang didakwanya korup.

Pada 24 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zahid yang juga Presiden UMNO membela diri terhadap semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan tersebut setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Pengerusi Barisan Nasional.

Zahid juga berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung sistem visa asing luar negara (VLN).

Zahid, 68 tahun, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Bagi Najib pula, Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd, yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2021.

Bekas Perdana Menteri itu turut menghadapi banyak lagi tuduhan jenayah rasuah, termasuk yang melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad.

Dalam ucapan dasarnya, Anwar memberitahu perwakilan PKR untuk mengetepikan rasa tidak puas hati mereka dengan keputusan pemilihan parti mereka baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka yang terus membangkitkannya tidak akan menerima watikah, surat pelantikan yang amat berharga yang perlu ditandatangani beliau sebagai presiden parti, untuk dianggap sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang dijadualkan pada September 2023.

“Saya tidak akan memaafkan mereka di cawangan dan bahagian, pemuda PKR atau sayap wanita yang memilih untuk terus berjuang selepas pemilihan parti.

“Sekiranya perkara ini berterusan, anda boleh yakin tidak akan ada sebarang watikah untuk anda,” katanya.

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
8 jam lalu· Isu semasa
Zahid gesa tangani skandal LCS dengan bijaksana, bimbang mahkamah netizen
11 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam
14 jam lalu· Isu semasa
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
14 jam lalu· Politik
Popular
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Nama pemimpin UMNO dikaitkan skandal LCS, Ketua Pemuda desak dakwa segera
August 5, 2022
Lagi Politik terkini
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
16 jam lalu · Politik
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
18 jam lalu · Politik
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022 · Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022 · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok