Anwar tanding Tambun, Faizal Azumu sindir sebutan ‘ayor’ bukan ‘ayaq’

October 21, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menamatkan teka-teki berhubung kerusi Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas mengumumkan akan berhijrah ke Tambun.

Presiden PKR itu tidak memilih untuk melawan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk tapi sebaliknya ke Tambun, bagaimanapun penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan kedatangan Ketua Pembangkang itu dan sedia melawannya.

Dalam satu klip video dimuat naik dalam Facebook, Faizal secara sinis mengusik Anwar dengan berkata:

“Hai Assalamualaikum.

“Bagi mereka yang nak berhijrah daripada tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat, dan nak datang ke Tambun, saya nak beritahu sikit.

“Di Tambun kita sebut ayor. Dengar betul-betul, ayor, bukan ayaq.

“OK terima kasih. Selamat datang,” katanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu.

Untuk rekod, Anwar berasal dari Pulau Pinang dan sebelum ini bertanding di Permatang Pauh sebelum menukar kerusinya di Port Dickson.

Bagaimanapun pada PRU-15 kali ini, Anwar membuat keputusan untuk lari dari kerusi Port Dickson.

Ayor ialah loghat bagi perkataan air di beberapa tempat di Perak.

Tambun pernah menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi berjaya dirampas Faizal pada 2018. Bagaimapun kemenangan Bersatu ketika itu menggunakan tiket Pakatan Harapan (PH).

Pada 2013, BN menang kerusi itu dengan 42,093 undi(56.2 peratus), manakala PKR memperoleh 32,768 undi (43.8 peratus).

Pada 2018 terdapat tambahan 12,089 undi di Tambun. Sokongan BN merosot kepada 33,341 (38.3 peratus).

Sebagai perbandingan, Bersatu ketika bertanding atas tiket PH, memperoleh 38,661 undi (44.5 peratus).

Link video: https://www.facebook.com/pejaofperak/videos/2098837956984271/

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu· Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
23 jam lalu· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok