Anwar tak patut tersinggung dikritik dalam ceramah politik: Muhyiddin

January 20, 2023 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya tersinggung dengan kritikan dan persoalan dikemukakan terhadapnya dalam ceramah politik, kata bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu itu berkata, sebagai ketua yang menerajui sebuah kerajaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan perdana menteri hari ini, Anwar sepatutnya secara terbuka dan berlapang dada menjawab persoalan dikemukakan dan menafikan sebarang dakwaan yang dikatakan palsu.

“Mengambil kira kedua-duanya merupakan tokoh dan pemimpin dalam parti masing-masing, sudah pasti mereka kerap berdepan dakwaan yang mana disalah tafsir, salah petik atau dipetik di luar konteks oleh media,” kata Muhyiddin dalam pernyataan pembelaan menjawab saman difailkan Anwar terhadapnya.

“Kenyataan itu dibuat sebagai sebahagian daripada ceramah pilihan raya dan merupakan acara terlindung. Ia tidak dirancang untuk menjejaskan plaintif,” menurut FMT.

Bulan lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap presiden Bersatu itu berhubung dakwaannya pada pilihan raya Parlimen Padang Serai yang mendakwa Anwar menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor ketika menjadi penasihat ekonomi.

Beliau juga memohon injuksi terhadap Muhyiddin daripada mengulang semula, menulis, menerbit atau mengedarkan apa yang didakwa fitnah itu dalam bentuk perkataan, atau perkataan yang mempunyai kesan sama atau serupa.

Sambil menyatakan pembelaan kelayakan istimewa dan ulasan adil, Muhyiddin menafikan apa yang dikatakan kata-kata fitnah atau libel adalah fitnah, sambil menambah ia mengandungi luahan pendapat, yang mana dianggap ulasan adil berhubung perkara berkepentingan awam.

Katanya, beliau disediakan maklumat bahawa Anwar dibayar RM15 juta oleh pegawai tidak dinamakan dalam kerajaan Selangor.

“Berdasarkan perkara itu dan dakwaan plaintif (Anwar) menolak gaji sebagai perdana menteri, ia adalah ulasan adil mengenai perkara berkaitan kepentingan awam yang menyentuh sama sekali kempen politik dijanjikan plaintif,” katanya dalam pernyataan pembelaan difailkan pada Selasa, yang dilihat FMT.

Muhyiddin berkata, sebagai ahli politik dan pengerusi Perikatan Nasional, hubungan sedia ada dan terjalin antara dirinya dengan pengundi di kawasan Padang Serai.

Justeru, beliau berkata, beliau mempunyai tanggungjawab absah menyediakan maklumat kepada ahli parti dan pengundi menyatakan pandangannya terhadap kelayakan mereka yang memegang jawatan awam.

“Ahli Parti dan pengundi mempunyai kepentingan sosial dan moral sepadan dalam menerima maklumat dan pandangan terbabit.

“Dalam keadaan itu, defendan mempunyai kewajipan dan/atau kepentingan sah untuk menyampaikan kata-kata yang dikatakan fitnah itu kepada mereka.

“Demi kebajikan masyarakat, perlu ada pertukaran maklumat dan pendapat secara terus terang bagi mereka yang memegang jawatan awam dan menyekat perkara itu seperti melanggar kebebasan bersuara mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Berita berkaitan
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
18 jam lalu· Isu semasa
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023· Isu semasa
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023· Isu semasa
Anwar patut tanya apa nilai UMNO Zahid bawa dalam kerajaan, kata KJ
January 30, 2023· Politik
Popular
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
February 7, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
9 minit lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
46 minit lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
2 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
3 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok