Anwar tak layan tawaran Zahid dan Najib jatuhkan kerajaan Ismail Sabri

August 22, 2022 · Politik

Jika sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bekerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak dalam merancang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetapi kini tuntutan sama itu tidak dilayan lagi.

Ketua Pembangkang itu difahamkan sudah tidak melayan sebarang tawaran kerjasama daripada dua pemimpin utama UMNO itu bagi menjatuhkan satu lagi kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti dilakukan sebelum ini.

Jika sebelum ini Anwar boleh menelefon Zahid bagi merancang strategi untuk menjatuhkan kerajaan tetapi senario politik semasa sudah berubah sama sekali apabila Presiden PKR itu sudah serik dimanipulasi oleh kedua-dua individu tersebut.

Rakyat tidak lupa pendedahan perbualan telefon Anwar dan Zahid sebelum ini, walaupun cuba menafikan tetapi akhirnya rakaman telefon tersebut sudah dibuktikan ketulenannya.

Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin berjaya dijatuhkan sebelum ini tetapi kredibiliti Anwar lebih tercalar apabila bukan sahaja gagal menjadi PM, malah rakyat mula menyampah dengan beliau.

Menyedari realiti di depan mata, Anwar tidak akan mahu mengulangi kesilapan sama untuk berkompromi dengan anak muridnya tersebut sekali lagi.

Jadi, tidak hairan Zahid sekarang sedang menggunakan parti yang diketuainya untuk menjatuhkan PM daripada parti sendiri asalkan kes-kes mahkamah dihadapinya dapat diselesaikan dengan segera.

Zahid tidak mahu nasib sama menimpa Najib yang bakal berdepan perbicaraan akhir esok melibatkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, juga menimpa dirinya.

Jadi tidak hairan, satu mesyuarat tergempar diadakan hari ini melibatkan Ketua-Ketua Bahagian UMNO bagi merealisasikan matlamatnya yang satu iaitu menyelamatkan Najib daripada dijatuhi hukuman penjara dan pada masa sama menggugurkan kes-kes mahkamah dihadapinya.

Bagaimanapun, difahamkan Ketua-Ketua Bahagian UMNO mula menjauhkan diri daripada Zahid dan Najib yang dilihat mahu menggunakan parti demi kepentingan peribadi untuk menyelamatkan diri daripada pertuduhan jenayah yang dilakukan mereka sebelum ini.

Difahamkan Anwar tidak lagi melayani panggilan Zahid untuk membantunya dalam menghadapi kes-kes mahkamah, malah mula menjauhkan diri daripada dua pemimpin UMNO tersebut.

Nasihat Timbalan Presiden PKR baharu, Rafizi Ramli diterima Anwar dengan terbuka untuk menjauhkan diri daripada pemimpin UMNO yang sedang berdepan kes mahkamah.

Rafizi tidak mahu Anwar mengulangi kesilapan sama sebelum ini kerana terlalu mempercayai Zahid dan Najib sehingga diperdaya dengan mudah.

Anwar lebih selesa dengan Ismail Sabri yang dilihat mempunyai kesungguhan politik kerana sudah menunaikan janjinya seperti yang dimerterai sebelum ini dalam memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

Beberapa kejayaan dalam MoU tersebut sudah berjaya dikecapi, antaranya undang-undang anti-lompat parti yang sangat signifikan dengan tuntuntan PH sebelum ini.

Jadi, tidak ada alasan lagi untuk Anwar menerima tawaran Zahid dan Najib untuk menjatuhkan Ismail Sabri seperti dilakukannya sebelum terhadap Muhyiddin.

Takkan lah Anwar akan masuk perangkap anak muridnya dengan Najib sekali lagi seperti sebelum ini.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok