Anwar tak cerdik main isu Covid konon bukti kelemahan Muhyiddin

November 11, 2022 · Politik

Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan isu Covid-19 dipatahkan dengan laporan akhbar bisnes terkemuka dunia, Nikkei Asia.

Secara keseluruhannya akhbar kewangan terbesar dunia dengan edaran harian melebihi 1.73 juta naskhah itu menyimpulkan langkah diambil oleh Muhyiddin satu usaha yang tepat, malah rakyat juga kini sedar bahawa tindakan itu bagi menyelamatkan mereka.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Anwar cuba menjadikan perkara itu kononnya bagi menunjukkan kelemahan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, mentadbir negara.

“Pandangan saya sebenarnya itu komen yang kurang bijak kerana bukan hanya Malaysia yang dilanda Covid-19 dan mengalami krisis kesihatan. Tetapi seluruh dunia.

“Memang kita ada SOP (prosedur operasi standard) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bila Covid-19 tinggi semua kena duduk di rumah, tak boleh bekerja.

“Kes kematian kerana Covid-19, kita kena bandingkan dengan negara-negara lain, adakah kita yang paling tinggi, adakah kita (negara) yang paling ramai orang meninggal,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN).

Malah, dalam Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei Asia, Malaysia menjadi negara Asia terbaik dengan memperoleh 66.6 mata dan berada di kedudukan ke-13 dari 122 negara serta wilayah dalam pemulihan Covid-19.

Dr Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong menyifatkan tindakan Anwar menggunakan taktik mengaitkan kes kematian akibat Covid-19 dengan langkah diambil Muhyiddin adalah tidak bijak.

Malah, jika tidak diambil langkah segera menutup sempadan dan mengenakan sekatan pergerakan, lebih ramai rakyat Malaysia yang akan meninggal dunia akibat penularan wabak itu.

Dr Sahruddin memberi contoh seperti di China sehingga kini masalah yang berlaku masih ada sehingga sesetengah kawasan di negara itu masih lagi disekat.

Bagaimanapun, beliau berkata atas kebijaksanaan Muhyiddin mentadbir negara sebelum ini, Malaysia berjaya membawa keluar masalah itu daripada berterusan.

“Bagi saya Anwar tidak bijak bila dia sebutkan perkataan itu, memang sangat-sangat tidak bijak. Kita apa pun bila mengatur negara ini, kita akan berbincang, kita akan tanya ketua-ketua jabatan dan profesional macam mana kita nak menangani kes Covid-19, macam mana kita nak membangunkan negara ini dengan lebih baik,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
1 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
7 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok