Anwar tak akan biar Zahid tumbang demi survival politik dan kerusi PM

January 8, 2023 · Politik

Oleh KP

UMNO yang kononnya digelar ‘parti keramat Melayu’ itu sekali lagi bakal menahan gelombang dahsyat rakyat, setelah mereka ‘melacurkan’ prinsip perjuangan, selain dilihat telah menipu rakyat, khususnya akar umbi, apabila bekerjasama dengan DAP serta Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhadapan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, UMNO sudah patah taringnya untuk berhadapan ahli, penyokong dan rakyat dalam menjawab pembohongan ‘No Anwar No DAP’.

Desakan-desakan supaya Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan, juga tidak dipedulikan, malah beberapa pemimpin veteran yang lantang menegurnya turut dipecat, selain bahagian UMNO digantung.

Dengan hanya menang 26 daripada 120 kerusi yang ditandingi pada PRU-15 lalu – kekalahan paling teruk dalam sejarah sejak PRU pertama 1955 – apakah UMNO mampu bangkit secepat itu untuk menghadapi PRN enam negeri yang dijangka diadakan dalam tempoh empat lima bulan lagi?

Jika setelah kalah teruk dalam PRU-14 pada 2018 lalu, sehingga UMNO hilang kuasa pemerintahan negara gara-gara seorang pemimpinnya – Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam skandal 1MDB – parti itu masih tidak mampu bangkit menghadapi PRU-15, adakah dalam PRN yang semakin hampir ini mereka berupaya memberi saingan.

Hanya dengan meletakkan pemimpin lain – contohnya Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein – menggantikan Zahid dan membatalkan kerjasama dengan PH, khususnya DAP, besar kemungkinan UMNO akan beroleh simpati dan sokongan orang Melayu semula.

Tetapi, mustahil Zahid akan melepaskan kerusi presiden, apa lagi kini beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri – jawatan yang mengikat beliau kepada cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang enggan namanya disiarkan mengakui Zahid tidak akan turun daripada kerusi presiden.

Malah, menurutnya jika pertandingan bagi jawatan itu dibenarkan dalam pemilihan parti tahun ini, Zahid akan mendapat sokongan padu daripada rakan politik daripada PKR dan AMANAH.

Katanya, Anwar tidak akan membenarkan Zahid kalah – jika ada pertandingan – dan digantikan pemimpin lain, khususnya mereka yang lantang menolak kerjasama dengan PH dan DAP.

“Kekalahan Zahid akan menjejaskan kerajaan pimpinan Anwar… itu saja. Pentaksub presiden dan pastinya, Anwar bersama rakan lain, kecuali DAP, akan berusaha sedaya upaya mengekalkan Zahid.

“Zahid kena terus mengetuai UMNO supaya dapat kekal menyokong Anwar,” kata ahli MT itu yang juga ketua UMNO bahagian.

Beliau mengakui akar umbi semakin tidak pedulikan apa yang akan berlaku kepada UMNO pada masa depan.

“Maklumat yang diperoleh mengatakan akan ada undi protes daripada akar umbi dan penyokong UMNO dalam PRN enam negeri berkenaan tidak lama lagi. Sama ada mereka tidak keluar mengundi atau memilik menyokong Perikatan Nasional sebagai tanda protes.

“Apa lagi isu pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRN itu akan mencetuskan rasa tidak puas hati akar umbi. Adakah UMNO akan berkempen sepentas dengan PKR, AMANAH dan DAP?

“Adakah pemimpin UMNO akan turun berkempen meminta pengundi Melayu memilih calon PKR dan AMANAH, atau merayu mereka mengundi calon Melayu daripada DAP?

“Apa pun, jika Zahid kekal presiden, UMNO terus bekerjasama dengan PH dan DAP, minta maaf… saya tidak nampak UMNO mampu memberi saingan kepada PAS dan Bersatu dalam PRN akan datang.

“Malah, kerusi-kerusi yang kini dimiliki UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN), khususnya di Selangor dan Negeri Sembilan, dijangka terlepas kepada Perikatan Nasional.

“Demikian juga beberapa kerusi PKR dan AMANAH di kawasan majoriti kaum Cina yang kini menganggap mereka telah tertipu apabila PH mengambil UMNO sebagai rakan, sedangkan sebelum ini mereka ditanam doktrin mengatakan UMNO adalah parti penyamun dan perasuah.

“Kita akan lihat nanti (dalam PRN) bagaimana keadaan UMNO, BN dan PH seterusnya dalam merebut 245 kerusi DUN di enam negeri berkenaan,” katanya tidak yakin UMNO mampu merampas Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
53 minit lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
1 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
20 minit lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
1 jam lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
2 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
3 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok