Anwar sahkan menghadap Sultan Kedah bersama ahli perniagaan Indonesia

August 4, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bersama ahli perniagaan dari Indonesia menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah namun pertemuan itu sebagai kunjungan hormat.

Beliau berkata pertemuan itu tiada kaitan dengan urusan permohonan untuk mengusahakan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di negeri berkenaan seperti yang didakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menurut laporan Bernama.

“Isunya, curi nadir bumi, jangan alihkan. Menghadap Tuanku, itu jadual Sultan Kedah, jadi saya tak mahu kait. Tak bangkit soal REE… Sultan Kedah panggil saya ada hal-hal lain, termasuk ziarah makam.

“Yang saya nak sebut di sini, isu REE jangan dialih iaitu curi nadir bumi, beri kelulusan kepada syarikat China tanpa kebenaran,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa Anwar dan seorang warganegara Indonesia pernah ke negeri itu untuk meninjau tapak lombong REE sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut laporan itu, Muhammad Sanusi berkata warganegara Indonesia yang dikenali sebagai ‘Reza Khalid’ itu dikatakan berminat melabur dalam aktiviti melombong REE di Kedah.

Berita berkaitan
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
4 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
23 jam lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
23 jam lalu· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
1 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
24 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
22 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok