Anwar sah tak lawan anak murid di Bagan Datuk, pilih Tambun

October 20, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen ditandinginya di Port Dickson, sebaliknya memilih kawasan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Presiden PKR itu menamatkan teka-teki kerusi yang akan ditandinginya apabila tidak memilih untuk melawan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk dan menghangatkan lagi spekulasi wujud rundingan sulit antara kedua-dua mereka.

Anwar mengucapkan selamat tinggal kepada pengundi Port Dickson dan memilih Tambun sebagai kerusi baharu yang akan ditandinginya pada PRU-15 dengan memberi alasan tidak mahu menang mudah sebaliknya mahu menang dengan bergaya.

Anwar membuat pengumuman itu pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Pusat Konvensyen Ipoh malam tadi, sekali gus mengesahkan spekulasi awal beliau akan bertanding di kerusi parlimen di Perak.

“Saya tidak memilih kerusi mudah yang jamin majoriti besar. Saya mengepalai dan akan tawan Tambun dalam PRU-15.

“Perak akan menjadi barisan hadapan perjuangan kali ini. Saya akan labuh di Tambun,” katanya semasa konvensyen tersebut.

Untuk rekod, semasa menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, Anwar dan Zahid boleh bekerjasama secara sulit bagi menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.

Umum mengetahui hubungan baik kedua-dua cikgu dan anak murid tersebut, ia memandangkan sebelum ini tular klip audio mesra mereka berbincang strategi politik semasa mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
13 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok