Anwar rayu diangkat jadi PM ke-9

August 13, 2021 · Politik

Selepas gagal memperoleh sokongan mencukupi bagi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Pakatan Harapan (PH) hari ini merayu semua kem penentang Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, duduk semeja.

Tujuannya tidak lain untuk memperoleh keabsahan dalam kalangan kem-kem penentang duduk di bawah khemah besar bersama DAP, PKR dan AMANAH, bagi mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri baharu.

Dalam kenyataan media hari ini Majlis Presiden PH menjemput semua Ahli Parlimen yang menentang dan menolak Muhyiddin untuk bersama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

“Ini adalah untuk membuktikan sokongan serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen,” kata kenyataan bersama DAP, PKR dan AMANAH.

Alasan Majlis Presiden PH kononnya Malaysia sekarang ini memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan berkesan. Di atas kertas mereka menyatakan 120 Ahli Parlimen tidak menyokong Muhyiddin dan kerajaan PN.

Bagaimanapun Agenda Daily difahamkan perkiraan itu dibuat berasaskan kepada kenyataan-kenyataan di dalam media oleh kem-kem yang menolak Muhyiddin. Congakan yang dibuat tidak mengambil kira pendapat setiap Ahli Parlimen PH dan kem-kem penentang yang lain.

Jika berdasarkan kenyataan media, sekarang ini terdapat empat kem yang menentang kerajaan PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri iaitu Kem PH (DAP, PKR, AMANAH), Kem Warisan, Kem UMNO, dan Kem Pejuang.

Namun, terdapat juga Team B DAP, yang tidak boleh diketepikan. Kumpulan ini yang berfikiran terbuka lebih mementingkan rakyat yang mengundi mereka berbanding berganding bahu dengan kleptokrat.

DAP walaupun duduk di bawah gabungan Kem PH, namun Agenda Daily diberitahu di dalam parti itu sendiri terdapat individu yang enggan bekerjasama dengan Kluster Kleptokrat daripada UMNO diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana Team B DAP masih berpegang kepada penolakan terhadap kleptokrat yang diperjuangkan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Lagi pula DAP mendapat sokongan pengundi Cina disebabkan isu kleptokrat kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO.

Sumber dalaman DAP memberitahu Agenda Daily, perpecahan di dalam parti itu yang sudah lama berlaku kini semakin parah kerana ada sesetengah pemimpin yang sedia bekerjasama dengan kleptokrat yang mereka tumbangkan pada PRU14 lalu.

“Di luar sahaja kelihatan semuanya berjalan dengan baik, namun suhu di dalam DAP semakin naik apabila team yang menentang kerjasama dengan kleptokrat (UMNO) bimbang hilang sokongan dan undi Cina,” katanya.

Ditanya mengenai undi percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen kelak, sumber itu meramalkan tiga keadaan yang mungkin berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen DAP ketika undian dijalankan.

“Ada yang akan sokong, ada yang tidak sokong dan ada yang tidak berada di dalam dewan ketika undian dijalankan. Jika pun mereka berada di dalam dewan, mereka akan bersikap berkecuali,” katanya sambil mendedahkan tidak semua Ahli Parlimen DAP menolak kepimpinan kerajaan PN berdasarkan situasi pandemik Covid-19 sekarang ini.

“Apalagi dalam keadaan rakyat dan negara yang berdepan masalah ekonomi, Team B DAP mahu membiarkan kerajaan sedia ada mengatasi dahulu semua permasalahan itu.

“Mereka tidak yakin dengan baki penggal Parlimen kira-kira dua tahun lagi, kerajaan baharu mampu mengatasi masalah Covid-19 dan kesan ekonomi yang berlaku sekarang.

“Sebab itu sesetengah Ahli Parlimen dalam kem-kem penentang mahu membiarkan kerajaan sedia ada menguruskan hingga selesai penggal Parlimen,” katanya sumber berkenaan.

Ditanya siapakah yang berada di dalam Team B DAP itu, sumber itu enggan menyatakan sebaliknya memberi petunjuk:

“Mereka yang tidak menjerit-jerit di dalam Dewan (Rakyat),” katanya.

Katanya Team B DAP juga menyedari Warisan, Pejuang serta beberapa Ahli Parlimen Kem UMNO tidak akan menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

“Ini sekali gus tidak dapat membentuk kerajaan majoriti yang stabil dan inklusif. Namun apa pun kita tunggu Parlimen bersidang dahulu. Lagipun, Warisan dan Pejuang boleh membuat U-Turn kerana awal-awal lagi sudah dilihat tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
4 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok