Anwar potong Q mengundi

November 19, 2022 · Politik

Tatkala orang lain, termasuk Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin beratur panjang bersama pengundi lain, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, lain pula.

Beliau yang mengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, memotong barisan setelah dikerumuni media.

Memetik Utusan, Anwar tiba di pusat pembuangan undi kira-kira jam 9 pagi tadi (Sabtu, 19 November 2022) pada mulanya kelihatan berbaris bersama ratusan pengundi lain di luar bilik pengundian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San kemudiannya mendapatkan kebenaran daripada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan Anwar mengundi dahulu bagi memastikan kesesakan di pusat mengundi dapat dikawal susulan kehadiran media yang menganggu barisan orang ramai.

“Selepas selesai mengundi saya akan bergerak ke Tambun untuk meninjau proses pengundian dan berjumpa dengan penyokong saya di sana,” katanya.

Anwar hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk proses pengundian sebelum beredar dan beramah mesra bersama orang ramai di pusat pembuangan undi terbabit.

Kerusi Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru yang mana penyandang kerusi berkenaan, Nurul Izzah Anwar, 42, (PH) akan berdepan dengan Datuk Mohd. Zaidi Mohd Said (BN); Muhammad Fawwaz Mat Jan (Perikatan Nasional) dan Mohamad Nasir Othman (GTA- Pejuang).

Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.

Beliau memperolehi 35,534 undi mengalahkan calon BN, Mohd. Zaidi yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari PAS (14,428 undi).

Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Anwar atau isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1982.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
November 29, 2022· Politik
Zahid pakat dengan Anwar: Hishammuddin bantah, sanggup dipecat
November 21, 2022· Politik
PRU-15 : Terminal bas, tren ke utara, selatan, pantai timur sesak
November 18, 2022· Politik
PRU-15 : Umat Islam wajib pilih pemimpin berakhlak
November 18, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
32 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok