Anwar pertahan pelantikan anak, bidas individu beri kroni kontrak

February 6, 2023 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, walaupun menerima kritikan hebat, termasuk daripada ahli Parlimen parti gabungan Pakatan Harapan (PH) diterajuinya.

Beliau berkata Nurul Izzah tidak akan menggunakan jawatan itu untuk memperkayakan dirinya dan keluarganya, tidak seperti mereka yang sebelum ini yang dakwanya telah memberikan kontrak kepada kroni dan ahli keluarga mereka sehingga mencecah berbilion ringgit.

Bercakap ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini (6 Februari), Anwar yang juga Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan siapa pemimpin yang memberi kontrak terbabit.

Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengulangi kenyataannya bahawa Nurul Izzah tidak dibayar gaji untuk memberi perkhidmatannya, dan peranannya tidak membolehkan beliau memberikan kontrak kerajaan sesuka hati.

“Tiada imbuhan dan tidak ada kemungkinan menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan, untuk mempengaruhi keputusan mengenai tender atau kontrak atau projek.

“Saya memerlukan kepakaran beliau untuk membantu saya tetapi walau apa pun itu, izinkan saya menekankan dengan pasti bahawa beliau berada di sana untuk melindungi dan meneruskan agenda tadbir urus dalam sistem.

“Saya sudah tentu mengambil pendirian yang kuat terhadap mereka yang mengkritik, khususnya mereka yang telah memberikan kontrak berbilion atau ratusan juta kepada anak, menantu atau kroni mereka semasa mereka berkuasa.

“Dan kini mereka mahu bercakap tentang tadbir urus yang baik,” katanya.

“Saya menghormati pandangan yang prihatin yang seolah-olah menyatakan kebimbangan mereka sekiranya kedudukan digunakan atau disalahgunakan untuk memberi manfaat kepada ahli keluarga, saya boleh memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku di bawah pentadbiran saya,” tambahnya.

Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangannya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli Parlimen pembangkang serta PKR menyatakan kebimbangan mereka terhadap pelantikannya, menunjukkan ia sama dengan nepotisme.

Tuduhan-tuduhan ini mendorong Anwar mempertahankan pelantikannya dan berkata Nurul Izzah tidak perlu mempunyai kelayakan rasmi dalam kewangan dan ekonomi untuk menasihatinya mengenai perkara tersebut.

Berita berkaitan
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
Anak Kedah kecewa PM Anwar seakannya sekat kemajuan negeri Kedah
March 8, 2023· Rencana
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023· Isu semasa
PMX mahu LHDN siasat individu ‘maha kaya’ dan syarikat elak bayar cukai
March 7, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
53 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
11 jam lalu · Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok