Anwar pernah gagal, tak mampu pulih ekonomi, kata Hadi Awang

November 15, 2022 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini didakwa oleh penyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mampu memulihkan isu ekonomi dan kewangan negara.

“Berapa tahun jadi Menteri Kewangan? Kononnya dia (Anwar) rapat dengan Bank Dunia. Apa boleh buat dengan Bank Dunia?” kata Hadi mengimbas situasi ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990-an dahulu.

Hadi mendakwa, beliau tahu Dr Mahathir sangat marah kerana Anwar membuat pinjaman Bank Dunia.

“Pinjaman mudah je, tapi interest dia, terikat Malaysia. Tun Mahathir panggil ahli-ahli ekonomi Malaysia selesaikan masalah. Menteri Kewangan tak boleh selesai. Macam mana nak selesai ekonomi dulu,.

“Masa pentadbiran 22 bulan PH, apa beliau buat. Janji manifesto pun tak boleh buat” katanya menurut lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Kenyataan itu sebagai reaksi kepada media yang menyatakan penyokong PH mahu mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri supaya dapat memulihkan ekonomi dan kewangan dengan baik.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (Perikatan) itu juga bahkan membidas PH yang memerintah hampir dua tahun yang tidak membuat perubahan kepada aspek ekonomi dan kewangan di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menjawab tuduhan Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan dan ditadbir Taliban, katanya DAP tidak tahu mengenai Taliban yang merupakan pelajar-pelajar pondok penentang Amerika hingga kuasa besar itu kalah dan marah.

“Taliban ini budak pondok yang tak tahu memerintah, tak tahu nak buat sekolah, tak tahu apa. PAS memerintah Kelantan tak tutup sekolah. Perintah Terengganu, perintah Kedah. Orang Kelantan paling banyak pergi universiti.

“Jadi, tak payahlah (nak tuduh begitu). Yang kita tahu dalam DAP ada komuni,” ujarnya selepas program Santai Petang sempena Jelajah Presiden PAS di Cheng, di Tangga Batu hari ini (15 November 2022).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
November 29, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok