Anwar perlukan timbalan yang tangkas, kreatif, agresif: Rafizi

May 11, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan seorang timbalan presiden yang lebih tangkas, kreatif dan agresif berkempen, ketika sebahagian besar daripada pengundi sekarang ini adalah golongan muda.

Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menegaskan bahawa Anwar tidak perlu digantikan sebagai presiden sekarang ini, sebaliknya beliau memerlukan ‘orang kanan’ yang layak dan berwibawa untuk menerajui parti.

“Jadi perbezaan di antara kematangan Datuk Seri Anwar dan juga ketangkasan seorang pemimpin lebih muda, yang lebih dekat dengan pengundi muda dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa gagasan dibawa Pakatan Harapan (PH) dan keadilan bukan sahaja mencerminkan pengalaman dan kematangan jiwa, tetapi juga membawa dan menggarap idea dan juga kreativiti zaman ini.

“Saya memang diketahui bercakap secara terbuka dan ikhlas dan juga bercakap benar dan selalunya saya tak kira siapa… Datuk Seri Anwar kah, Tun Mahathir kah… yang penting ialah rakyat mahu melihat proses politik dalam parti itu segar dengan percambahan dan kadang-kadang perbezaan pendapat.

“Itu juga yang saya rasa perlu dimainkan oleh timbalan presiden keadilan bukan dilihat sebagai seorang yang hanya menurut tetapi seorang yang boleh juga memberi wawasan dan gagasan kalau ada gabungan itu, insya-Allah saya rasa kita boleh tampil dengan baik dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian pada program Berani Bersemuka antara beliau dan seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini.

Bekas Naib Presiden PKR itu turut menggariskan fungsi dan peranan sebenar apabila memikul jawatan sebagai timbalan presiden parti adalah bukan sahaja melaksanakan semata-mata apa yang dinyatakan oleh presiden seperti yang berlaku sekarang dalam parti.

Rafizi juga mengingatkan angka terbaharu menunjukkan bahawa 63 peratus daripada pengundi di negara ini tidak tahu untuk memilih mana-mana parti pada PRU-15 akan datang.

“Mereka mengharapkan satu pembaharuan dan isyarat yang jelas daripada parti-parti politik yang bertanding.

“Sebab itu dalam keadaan ini saya beranggapan setelah melalui kehidupan sebagai orang biasa dan pengundi biasa sejak empat tahun yang lepas, bahawa suara rakyat, mahukan pimpinan PKR dan PH supaya tidak bersikap defensif dan menerima maklum balas ini yang telah pun dizahirkan dalam kekalahan empat pilihan raya negeri yang berturut-turut.

“Kita ada PRU yang mungkin kurang setahun daripada sekarang. Sebab itu kita mesti bersiap sedia dari sekarang dan perlu yakin dengan kekuatan kita.

“Sebagai gagasan politik iaitu membentangkan menyelesaikan dan meyakinkan rakyat bahawa kita bukan sahaja ada idea untuk menyelesaikan masalah-masalah besar, tetapi kita juga ada pimpinan yang cekap dan berkebolehan untuk melaksanakan idea-idea itu sekiranya kita menang,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok