Anwar perlu buktikan keabsahan, ada sokongan majoriti MP: Muhyiddin

November 24, 2022 · Politik

Ahli Parlimen (MP) Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri, kata Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana, katanya Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Ini hendaklah dibuktikan melalui proses yang telah ditetapkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022, iaitu dengan mengemukakan surat akuan berkanun majoritu Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media hari ini sambil menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat ini dipersetujui Majlis Tertinggi Perikatan Nasional dalam mesyuarat hari ini (24 November 2022).

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut menjelaskan beberapa fakta berkaitan proses pelantikan Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang berlangsung pada 19 November lalu.

Katanya, sebagaimana yang sedia maklum beliau telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional dalam PRU-15 lalu.

“Alhamdulillah berkat sokongan rakyat dan izin Allah SWT, Perikatan Nasional telah memenangi 73 kerusi Parlimen iaitu 43 kerusi telah dimenangi oleh parti PAS dan 30 kerusi oleh Bersatu.

“Pada 20 November 2022, sehari selepas pilihan raya diadakan, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menulis surat kepada presiden-presiden parti mengundang mereka untuk mengemukakan cadangan pembentukan kerajaan gabungan dan menamakan seorang Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Cadangan ini mesti dikemukakan menerusi surat kepada Istana Negara dengan menamakan Ahli-ahli Parlimen yang menyokong pembentukan kerajaan gabungan dan menamakan calon Perdana Menteri yang disokong oleh Ahli-ahli Parlimen.

“Pada hari yang sama Yang Dipertua Dewan Rakyat menulis satu lagi surat kepada presiden-presiden parti meminta supaya cadangan pembentukan kerajaan gabungan tersebut mestilah disertai dengan surat akuan bersumpah (SD) Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada seorang Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh,” tambahnya sambil menjelaskan tarikh akhir penyerahan semua dokumen itu ke Istana Negara melalui e-mel dan aplikasi WhatsApp adalah pada 21 November 2022.

Muhyiddin berkata susulan itu Perikatan Nasional telah menghantar surat daripada Setiausaha Agung PAS, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM), yang menyatakan persetujuan untuk membentuk kerajaan gabungan bersama Perikatan Nasional.

Beliau menjelaskan 114 surat akuan Ahli-Ahli Parlimen turut dihantar kepada Istana Negara, yang menyatakan kepercayaan tanpa syarat kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pecahan sokongan menerusi SD itu melibatkan 73 Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional, termasuk 22 yang bertanding menggunakan logo PAS di Kelantan dan Terengganu.

Pecahan Ahli-ahli Parlimen tersebut adalah 22 daripada GPS; GRS (enam); KDM (satu); Barisan Nasional (10) dan Bebas (dua).

“Kami telah dihantar ke Istana Negara pada jam 1.28 petang pada 21 November 2022 iaitu sebelum masa akhir yang ditentukan untuk parti-parti menghantar dokumen berkaitan ke Istana Negara seperti yang dikehendaki oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Setiausaha Sulit Kanan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Agong telah mengeluarkan surat pada hari yang sama mengesahkan penerimaan surat-surat akuan ini. Saya percaya pada masa itu saya telah mempunyai kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

“Namun lebih kurang jam satu setengah petang hari yang sama pihak Istana Negara mengumumkan perlanjutan tempoh untuk presiden-presiden parti mengemukakan surat-surat akuan bersumpah untuk proses pelantikkan Perdana Menteri sehingga jam dua petang 22 November 2022.

“Pada jam 10.30 pagi 22 November 2022 Setiausaha Agung Perikatan Nasional menghantar lagi satu surat akuan bersumpah, ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menjadikan jumlah 115, iaitu melebihi majoriti mudah bagi membolehkan saya dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
18 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
18 jam lalu· Rencana
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
December 3, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
47 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok