Anwar pasrah dua kali tak dapat jadi PM

October 9, 2021 · Politik

Selepas gagal menjadi Perdana Menteri (PM) berulang kali, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya pasrah sekiranya beliau tidak dapat menjadi PM dan kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Dalam wawancara bersama Radio ABC Australia, Presiden PKR itu turut memetik tajuk lagu “que sera sera” bagi menggambarkan kepasrahannya tidak menjadi PM.

“Jika melihat kes seperti Kertas Pandora, itu (menjadi perdana menteri) hanya akan menjadikannya lebih mencabar dan sukar.

“Keseluruhan alat kuasa, elit politik, konglomerat dan media akan menolong anda. Oleh itu, saya tidak bimbang tentang perkara itu (menjadi perdana menteri atau tidak suatu hari nanti).

“Saya hanya menjalankan tugas saya, que sera sera (apa yang hendak terjadi akan terjadi). Sekiranya saya terus menjadi ketua pembangkang, saya terima. Sekiranya saya menjadi perdana menteri, saya akan mengucapkan syukur kepada Tuhan,” katanya.

Anwar sebelum ini hampir dua kali menjadi perdana menteri namun kedua-dua percubaan itu digagalkan oleh orang yang sama.

Pertama ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1990-an dan seterusnya sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun 2018 hingga awal 2020.

Percubaan pertama menjadi PM gagal apabila beliau dipecat dari kabinet Dr Mahathir pada 1998.

Kali kedua pula apabila kerajaan PH tumbang. Ini kerana, sekiranya PH masih lagi menjadi kerajaan terdapat perjanjian bertulis yang mengatakan Anggota Parlimen (MP) Port Dickson itu akan menjadi PM.

Namun, disebabkan Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM, hasrat Anwar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara terkubur sekali lagi.

Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
10 jam lalu · Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
11 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
11 jam lalu · Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok