Anwar masih mimpi ngeri konspirasi menentangnya, kata Speaker Parlimen

June 26, 2021 · Politik

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengingatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bangun daripada mimpi ngeri bahawa seluruh dunia terus berkonspirasi menentangnya.

Azhar dengan tegas mengatakan bahawa kenyataan Anwar yang menuduh pejabat Speaker Dewan Rakyat telah digunakan oleh kerajaan untuk melengah-lengahkan sidang, sebagai tidak berasas.

Lagipun, katanya, Ahli Parlimen Port Dickson itu yang telah lama berkecimpung dengan politik dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri semestinya tahu peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perintah tetap berhubung pembukaan Parlimen.

“Anwar harus bangkit daripada mimpi ngeri ciptaannya bahawa seluruh dunia berkonspirasi menetangnya dan kepetingannya,” katanya yang dipetik daripada kenyataan kepada MalaysiaNow. Azhar menambah inisiatif digerakkannya dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berhubung Parlimen secara hibrid tidak harus dipolitikkan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Anwar dan ahli politik lain berhenti mempolitikkan isu berkait pembukaan sidang Parlimen.

Terdahulu Anwar mendakwa wujud percubaan untuk melengahkan pembukaan semula Parlimen. Anwar turut mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) cuba untuk menggunakan pejabat speaker dewan dalam usaha melengah-lengahkan sidang Parlimen dibuka semula.

Tuduhan Anwar itu dibuat sehari selepas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kuasa yang dimiliki Agong dalam memanggil Parlimen untuk bersidang.

Dalam kenyataanya Idrus berkata Jemaah Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk diadakan sidang Parlimen dan baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ini selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, penjalanan kuasa baginda untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah dijalankan mengikut nasihat Kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

Mengulas lanjut Azhar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan palsu Anwar yang mengatakan kerajaan menggunakan Parlimen atau pejabat beliau untuk melengah-lengahkan persidangan Parlimen.

“Saya mahu jelaskan sekali lagi bahawa rangka Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada saya untuk membuka semula Parlimen,” tegasnya.

Beliau juga menjelaskan dirinya sedia untuk melaksanakan tugasnya sebagai speaker sejurus selepas Agong memanggil Parlimen berdasarkan peruntukan kuasa yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya sedia untuk adakan persidangan, walaupun malam ini perlu diadakan,” katanya sambil menjelaskan Anwar dan beberapa ahli Parlimen lain bebas untuk menolak sidang Parlimen hibrid yang dicadangkan.

“Kami hanya cuba untuk menawarkan kemudahan ini bagi mengurangkan risiko ahli Parlimen dan pegawai-pegawai awam lain yang akan hadir ke Parlimen, serta keluarga mereka daripada dijangkiti virus Covid-19 dan kematian akibat virus ini.

“Jika Anwar dan ahli-ahli Parlimen lain fikir sebaliknya, saya langsung tiada masalah dengannya,” kata Azhar.

Pada masa sama Azhar kecewa dengan dakwaan Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menuduh beliau menentang titah Agong.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai percubaan untuk mencetuskan konflik antara pejabatnya dengan Istana Negara.

“Saya tak pernah menentang atau cuba mengabaikan kemahuan Tuanku Agong. Saya tak pernah dalam apa keadaan sekali pun berkata Parlimen harus bersidang secepat mungkin dan saya tak tahu bagaimana dan mengapa Nga boleh membuat kesimpulan demikian,” kata Azhar.

Nga yang merupakan ahli Parlimen Teluk Intan yang berkhidmat sebagai timbalan speaker sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan berkata cadangan dari Azhar dan Rais bahawa Parlimen boleh dibuka semula selepas beberapa isu perundangan dan teknikal diselesaikan sudah menjejaskan peranan Parlimen sebagai badan semak dan imbang kerajaan.

Azhar berkata sebaliknya, beliau juga turut berjuang supaya Nga dan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang lain dapat turut serta dalam jawatankuasa kerja bagi membahaskan syarat-syarat sidang Parlimen hibrid.

“Jelas sekali usaha-usaha saya ini dianggap sia-sia,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok