Anwar makan bersama MB Perlis daripada UMNO, siapa belanja?

November 17, 2022 · Politik

Ketika angin bertiup kencang mendakwa bakal wujud jajaran baharu antara UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tersebar pula satu klip video di media sosial yang menguatkan lagi dakwaan itu.

Kali ini dalam video yang dirakam seorang wanita itu, jelas kelihatan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menikmati hidangan bersama beberapa individu lain, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Turut kelihatan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sisi Anwar.

Tahun lalu, Azlan pernah menafikan pembentukan jajaran baharu antara UMNO dengan PKR dan DAP malah beliau menyifatkan ia tidak akan berlaku.

Menteri Besar kerajaan sementara Perlis itu menyifatkan polemik berkenaan hanya cubaan musuh untuk melemah dan memecahbelahkan parti.

Penafian itu dibuat pada Jun tahun lalu selepas acap kali muncul khabar angin akan berlaku jajaran baharu atau khemah besar yang digerakkan PKR dan DAP bagi memancing parti Melayu termasuk UMNO.

Namun menjelang PRU-15 yang akan berlangsung kurang 48 jam itu, tersebar pula video beliau menikmati makanan dengan penuh mesra bersama musuh politiknya itu.

Sebelum ini, veteran UMNO yang kini menjadi calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Arau dalam PRU-15 ini, Datuk Seri Shahidan Kassim berpendapat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sewajarnya mengadakan rundingan sulit dengan Anwar.

Menurutnya perbuatan itu sudah pasti membelakangi pendirian dan keputusan yang telah dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini iaitu ‘No Anwar, No DAP’, sekiranya benar-benar berlaku.

“Kalau ada rundingan sulit, itu tidak wajar berlaku sebab apa dalam Perhimpunan Agung UMNO, (pendirian) yang dibuat sebelum ini, kita telah buat keputusan No Anwar, No DAP,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu· Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok