Anwar letak Shamsul lawan Zahid untuk pastikan calon PKR kalah

November 9, 2022 · Politik

PKR dikatakan sengaja mahu calonnya kalah di Parlimen Bagan Datuk dengan meletakkan Shamsul Iskandar Md Akin berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Calon PN bagi kerusi Parlimen Larut.

“Dia (Anwar Ibrahim) hantar Shamsul ke Bagan Datuk semata-mata kerana nak tentukan Shamsul kalah dan dia tiada lagi dalam parti sebab Shamsul ni dikatakan pengikut Azmin (Ali) waktu dulu,” katanya selepas beramah mesra dengan penduduk Bukit Bertam di Larut.

Katanya, Anwar sengaja mencari jalan menguburkan karier politik pemimpin parti yang tidak sehaluan dengannya.

“Itulah jenis orang yang ada…mencari jalan supaya pancung calon-calon yang mereka rasakan tak boleh bersama mereka. Itu bukan agenda perjuangan sebenar.”

Hamzah tidak menolak kemungkinan PKR dan UMNO meletakkan calon demi kepentingan peribadi presiden masing-masing.

Parlimen Bagan Datuk menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Zahid, Shamsul, calon PN, Muhammad Faiz Na’aman serta calon Bebas, Mohamed Tawfik Ismail.

Shamsul pernah diberi gelaran ‘Giant killer’ selepas mengalahkan bekas Ketua Menteri Melaka di kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU 2013 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2018 ketika ditukar nama kepada Hang Tuah Jaya.

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan merosakkan bahan kempen kerap berlaku semasa tempoh berkempen, terutama di lokasi ‘panas’.

“Perkara tidak amanah sentiasa berlaku dalam PRU, tetapi bukan semua tempat…ada tempat ganas, ada tempat bertembung sehingga mereka sanggup melakukan perkara bukan-bukan.

“Kita serahkan kepada agensi untuk ambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan,” katanya.

Berita berkaitan
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
11 minit lalu · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok