Anwar lebih sayang dua bekas ADUN UMNO, pinggir bekas ADUN sendiri

Pencalonan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih sayang kepada mereka berdua berbanding wakil partinya sendiri.

Anwar sanggup mengambil dua bekas ADUN UMNO tersebut sebagai calon tetapi mengenepikan bekas ADUN Machap Jaya Ginie Lim yang mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya kem dendam lama terhadap bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali.

Lim digugurkan pada Pilihan Raya Negeri kali ini selepas namanya tidak tersenarai dalam barisan calon Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan hari ini.

Sebaliknya Anwar sanggup mengambil risiko menamakan Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan masing bertanding di kerusi Asahan dan Pantai Kundor.

Pada Jun 2020, PKR memberikan amaran kepada Lim kerana rapat dengan Azmin yang keluar parti itu dan terlibat dalam Langkah Sheraton sekali gus menumbangkan kerajaan PH di Putrajaya.

Selain Lim, Naib Presiden PKR Tian Chua, Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pulau Pinang Carolyn Khe juga turut diberikan amaran yang sama.

Nama Lim digugurkan pada PRN kali ini dan diganti dengan Law Bing Haw sebagai calon baru yang merupakan Naib Ketua Cabang PKR Kota Melaka.

PH akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam PRN Melaka kali ini.

Bagaimanapun, DAP tidak bersama dalam sidang media bersama Anwar semasa mengumumkan barisan calon PKR dan Amanah, ia dipercayai tanda boikot.

BERITA BERKAIT
POPULAR