Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi

December 6, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menerima kritikan selepas dipersoalkan pihak lawan berhubung tuduhan kononnya syarikat judi menyalurkan dana semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Ironinya, Perdana Menteri (PM) itu membuat tuduhan melulu terhadap parti lawan dalam sidang media baru-baru ini dan koyak teruk apabila dicabar supaya menunjukkan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan tersebut.

“Nasihat (saya pada) Takiyuddin (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) jangan gopoh kerana saya sekarang di Kementerian Kewangan… fail ada pada saya,” katanya menjawab kritikan Setiausaha Agung PAS tersebut dipetik laporan media hari ini.

PAS meminta Anwar mengemukakan bukti berhubung tuduhannya dan tidak menolak akan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin juga malam tadi meminta Anwar mengemukakan bukti terhadap tuduhannya itu dan menggesanya supaya tidak menunjukkan sikap dengki apabila parti lawan berjaya menang lebih banyak kerusi Parlimen semasa PRU-15 lalu.

“Ya fitnah, apa bukti? Tuduhan itu mudah dibuat. Kami ada prinsip kalau pun kita nak terima bantuan, kita tak akan terima daripada sumber yang haram dan saya tahu judi adalah haram.

“Saya tak tahu macam mana Perdana Menteri boleh buat tohmahan dan tuduhan yang berat itu.

“Hanya kerana kami menang hanya, kerana kami gerakkan jentera kita dengan begitu berkesan dan mengalahkan mereka sampai UMNO kosong di lapan buah negeri, itu bukan bermakna bahwa kita mempunyai peruntukan besar.

“Parti kita (Bersatu) muncul lima tahun dahulu, Perikatan Nasional baru dua tahun, berbanding dengan PKR yang sudah berpuluh tahun.

“Saya tak nak tuduh, dia pun dapat bantuan juga, jadi saya kira setakat ini itu adalah tuduhan amat berat. Kita tengoklah apa yang patut kita buat,” kata Muhyiddin semasa sidang media selepas berceramah di Padang Serai malam tadi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok