Anwar harap SPR beri kelonggaran ceramah di padang pula

March 3, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memberi kelonggaran lagi prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan Pakatan Harapan (PH) berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Gesaan itu dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk membenarkan ceramah diadakan padang kerana lebih luas walaupun ceramah parti tersebut tidak mendapat sambutan orang ramai sepanjang kempen PRN Johor kali ini.

“Itu sebahagian daripada yang kita minta dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tetapi kita kata bagi kelonggaran lebih untuk bercakap dengan orang ramai. Kita hendak jumpa orang ramai.

“SOP jarak semua saya setuju, nak kena luas, buat di padang, jarak-jarak tetapi kena bagi kempen,” katanya menurut laporan media.

Terdahulu, SPR mengumumkan kelonggaran SOP baharu kepada parti berkempen ia termasuk ceramah, syarahan dan kempen bagi PRN Johor kini boleh diadakan di dalam serta pekarangan pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi.

Selain itu, ceramah sepanjang tempoh kempen juga dibenarkan hingga jam 12 tengah malam, berkuat kuasa serta-merta, berbanding hanya hingga jam 10 malam sebelum ini.

SPR dalam kenyataannya menjelaskan, kelonggaran itu dibuat berdasarkan cadangan pindaan dan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, Anwar juga kecewa apabila kempen parti politik dikenakan kompaun kerana pelanggaran SOP yang berlaku sepanjang PRN Johor.

Penganjur ceramah pertama anjuran gabungan parti itu di Bilik Gerakan Amanah Kota Iskandar di Taman Mutiara Rini.

Pada program ceramah itu, penganjur dikenakan tiga kompaun bernilai RM3,000 oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru.

Dalam pada itu, Anwar menafikan dakwaan gerakan kempen PH dilihat perlahan dan tidak serancak momentum ditunjukkan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, Anwar menjelaskan walaupun PH bukan parti yang kaya seperti BN dan PN, pihaknya berpuas hati dengan gerakan kempen yang sudah memasuki hari kelima.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Tak dapat jawatan MB, UMNO N. Sembilan harap dapat banyak jawatan Exco
August 16, 2023
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Kenapa DAP membisu sekarang? Adakah mereka sedang ‘bekerja’?
January 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok