Anwar harap impian jadi PM tercapai dengan sokongan pelawak, rapper

April 1, 2021 · Politik

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merencana strategi baharu dengan menggunakan pelawak dan rapper terkenal bagi memastikan impiannya untuk menjadi perdana menteri dapat direalisasikan kali ini.

Anwar dengan penuh berkeyakinan tampil sepentas bersama dua selebriti terkenal pelawak, Afdlin Shauki dan rapper, Altimet dalam usahanya untuk melawan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata PKR merupakan sebuah parti masa hadapan Malaysia dan bakal menjadi parti pelopor utama yang akan mendapat sokongan kuat rakyat.

“PKR ini parti masa depan Malaysia, saya rasa dia pelopor, saya rasa ia akan ada ramai dan banyak lagi parti yang akan ikut PKR ini sebab ia terbuka, ia inklusif

“Dia bukan awak macam ini awak macam itu dan tidak boleh masuk. Saya rasa parti yang macam ini sudah kurang relevan dia,” kata Altimet semasa program malam tadi.

Kedua-dua selebriti itu diperkenalkan Anwar semasa majlis “Siri Temu Anwar” di Hotel Flamingo, Ampang.

Penyampaian kad keahlian Altimet juga disampaikan oleh ibu penyanyi rap itu sendiri, Jamalah Agil.

Majlis malam ini juga menampilkan pelawak Afdlin dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Afdlin pada 30 Mac lalu sudah mengumumkan penyertaannya bersama PKR.

Menurutnya, semangat kental perjuangan Anwar menjadi sumber inspirasinya.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya,” jelas Afdlin.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
8 jam lalu· Politik
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
12 jam lalu· Politik
Pembangkang harus rapatkan saf ketika UMNO kini retak menunggu belah
June 29, 2022· Rencana
Mat Maslan yakin UMNO tidak berpecah selepas pendedahan Tajuddin
June 29, 2022· Politik
Popular
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
8 jam lalu · Politik
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
8 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
16 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok