Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim

December 7, 2022 · Politik

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Kerajaan Pusat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini tidak ada hala tuju untuk membantu rakyat dan memulihkan ekonomi negara.

Sepatutnya, kata beliau, pentadbiran Anwar menumpukan kepada langkah menunaikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Bila dah jadi kerajaan, fokus, tunaikan manifesto yang kamu janji pada rakyat. Sebab itu kita tak nak kerajaan mee segera macam ini,” katanya berucap di Rompin, malam tadi.

Beliau turut membidas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berhubung tuduhan dan fitnah kononnya KASA meluluskan peruntukan sebanyak RM2 bilion setelah Parlimen dibubarkan, sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Sebab itu, bila saya tengok renung balik, betullah kerajaan yang ada ni, bukan Kerajaan Perpaduan. Tapi Kerajaan Campuran perompak campur penyamun, campur penyokong penyamun, campur penyokong sakau.

“Maka kerajaan ialah Kerajaan Campuran perompak dan penyamun. Jangan sokong Kerajaan Campuran perompak penyamun ni. Mutakhir ni kita lihat dia menggelabah. Kerajaan yang ada ni tak tahu hala tuju,” kata Timbalan Presiden PAS itu lagi menurut lidah rasmi PAS, Harakah.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada Anwar berkaitan jawatan Perdana Menteri, bukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK), ketika bercakap mengenai sesuatu isu.

Mengulas keputusan Anwar membatalkan projek terbatan banjir demi kebaikan rakyat yang melibatkan peruntukan RM15 bilion dan RM7 bilion, beliau berkata langkah itu dibuat tanpa melihat kepada fakta sebenar.

Menurutnya pada hari pertama mesyuarat Kabinetnya, Anwar menyerang beberapa individu, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya berlaku penyelewengan sebanyak RM600 bilion.

“Semalam dia serang KASA, saya secara peribadi. Kononnya meluluskan projek sebanyak RM7 bilion dan beliau isytiharkan beliau batalkan projek itu. Projek itu (sebenarnya) tak lulus lagi… batal apa? Projek itu tak lulus pun, belum lulus lagi.

“Ini Perdana Menteri cakap, bukan JKK. Takkanlah Perdana Menteri nak cakap sesuatu, tak semak dulu, tak teliti dulu?” katanya.

Tuan Ibrahim berkata setiap hujung tahun, Malaysia khususnya negeri-negeri di Pantai Timur akan dilanda banjir di mana setiap kali bencana itu berlaku negara akan kerugian antara RM6 bilion hingga RM7 bilion, sekali gus bermakna memerlukan suatu tindakan dibuat.

Sehubungan itu katanya beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri sebelum ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kemudian mendapatkan dana RM15 bilion melibatkan semua projek tebatan banjir yang puluhan tahun tidak dilaksanakan, untuk disegerakan.

“Projek ini belum pun dibagi kepada mana-mana syarikat, surat setuju terima tak beri satu pun lagi. Baru kita senarai projek yang menjadi keutamaan bagi menyelesaikan masalah banjir seluruh negara.

“Tahun lepas kita rugi RM6 bilion kerana banjir. Sebab itu saya pelik bila beliau (Anwar) minta projek ini, dibatalkan dulu, ditangguhkan dulu. Projek tak buat, tangguh apa, batal apa?” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
14 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
14 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
23 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
23 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok