Anwar dah lama nak gegar negara, tapi tak berlaku pun: Hamzah

October 22, 2022 · Politik

Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, tidak akan akan menggusarkan Perikatan Nasional (PN) Perak.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Anwar sudah lama berhasrat ‘menggegarkan’ negara tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku sehingga kini.

“Siapa kata Anwar akan menggegarkan PN di Perak? Anwar sudah lama mengaku dia nak gegarkan negara tapi tak gegar-gegar juga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Himpunan Perikatan Nasional Parlimen Larut di Dewan Terbuka Taman Seri Permai, hari ini (22 Oktober 2022) yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Hamzah berkata, PN yakin mampu memenangi lebih banyak kerusi di negara ini khususnya di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Melihat kepada gelombang rakyat yang mahukan pemimpin yang lebih bersih serta berintegriti dan mampu menjaga kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara, sudah tentu Perikatan Nasional menjadi pilihan utama mereka.

“Kita amat yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi di negeri ini khususnya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sebelah utara.

“Malah, kita yakin untuk menang 4-0 di Larut pada PRU15 nanti,” katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen Larut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
18 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
18 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
41 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok