Anwar cabut keris untuk berkelahi dengan rakyat, kata PAS Kedah

March 19, 2023 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya membuat ucapan menghunus keris untuk berkelahi dengan rakyat, kerana ianya tidak sesuai kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata Perdana Menteri melenting apabila Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa kerajaan yang ada sekarang akan tumbang.

Menurutnya, ungkapan untuk menumbangkan kerajaan adalah perkara biasa sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Anwar sendiri.

Untuk rekod, pada 16 September 2008, Anwar yang ketika itu adalah Ketua Umum PKR mendakwa kononnya lebih 31 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) sekali gus menjadikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri kelima ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi terbubar.

Ketika itu, PR mempunyai 81 daripada 222 kerusi Parlimen dan Anwar juga mendakwa mendapat sokongan setiap jam daripada ahli Parlimen BN, walaupun beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar mereka yang melompat menyertai PR.

“Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap BN tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli Parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli Parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai PR,” kata Anwar.

Kira-kira 12 tahun kemudian, pada 23 September 2020, Anwar yang kini Presiden PKR dan menerajui Pakatan Harapan (PH), sebuah parti yang hanya memerintah negara selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mengulangi episod yang sama.

Plot sama berulang. Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson ketika itu mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh daripada ahli-ahli Parlimen untuk beliau persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, ianya tidak menjadi kenyataan apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata ketika rakyat mula tidak selesa dan Presiden PAS pula mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan tumbang, Anwar ‘mencabut keris’.

“Tok guru kata kerajaan dia akan tumbang… sebut-sebut tumbang dia celapak tu… hari ni hunus keris dah. Tapi ucapan hari ni menghunus keris bagi saya adalah ucapan yang tidak sesuai kepada seorang Perdana Menteri.

“Pasal perdana menteri bukan boleh nak berkelahi dengan rakyat… biasalah tuan-tuan kalau kita pembangkang… kita nak tumbangkan kerajaan biasa,” katanya berucap pada Himpunan Solidariti Kezaliman & Kempen Sayangi Kedah Sejahtera di Alor Setar, malam tadi (18 Mac 2023).

Beliau merujuk kepada kenyataan Anwar yang memberi amaran kepada seteru politik bahawa beliau bersedia berdepan cabaran oleh pihak yang cuba menumbangkan Kerajaan Persekutuan.

“Kamu cuba rampas (kerajaan) silakan…. Tetapi, kami (ahli PKR) siap dengan keris, membujur lalu, melintang patah,” kata Anwar.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata susulan kenyataan untuk menumbangkan kerajaan, maka yang menjadi mangsa dan dilihat sebagai ancaman utama ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kerana itu menjadi ancaman. Tok guru presiden sama juga berlaku di Marang… daripada berapa banyak kawasan Parlimen yang ada petisyen, termasuk Putrajaya, tuan-tuan tengok sangkut mana.

“Kita tak pertikai ini urusan yang dengan mahkamah… tetapi sikit sebanyak ada tekanan kepada tok guru Presiden. Pasal apa mereka menjadi sasaran?

“Sasaran kepada Tan Sri Mahyudin sasaran kepada tok guru …. jawabnya tidak lain dan tidak bukan takut dan gerunnya kerajaan yang ada pada hari ini… takut mereka tumbang,” katanya.

Ahmad juga yakin rakyat sedang menunggu untuk menumbangkan PH pada pilihan raya di enam negeri yang dijadual pertengahan tahun ini.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
13 jam lalu· Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
13 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
20 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
21 minit lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok