Anwar bidas Hishammuddin jawab isu skandal kapal, kontraktor kutip komisen marah?

August 6, 2022 · Politik

Tindakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi alasan gesaan projek Kapal Tempur Persisir (LCS) dihentikan bakal menimbulkan kemarahan menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin dan membidas Menteri Pertahanan tersebut.

Ketua Pembangkang itu mempersoalkan kenyataan Hishammuddin yang seakan mengambil mudah berhubung skandal kapal bernilai RM9.1 bilion tersebut walhal laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sudah mendedahkan kepincangan dalam projek tersebut sehingga tidak ada satu kapal berjaya disiapkan sehingga hari ini.

“Pertama saya kata semua fasa-fasa on going diteruskan. Dia tidak baca dan dia tidak dengar. Ini masalahnya. Ini dia sebut, kalau saya quote Shakespeare, the insolence of office.

“Dia terlalu angkuh, tak baca tak dengar, tutup. Orang marah. Siapa yang marah? kontraktor? yang kutip komisen?” bidas Anwar dalam sidang media di Sarawak hari ini.

Hishammuddin semalam semasa mengulas cadangan Anwar supaya projek LCS dihentikan berkata pihak Tentera Laut Diraja Malaysia akan marah jika ia dibatalkan kerana bakal menjejaskan pihak vendor terlibat.

“Berdasarkan laporan yang saya terima, kenyataan Anwar itu menimbulkan kemarahan ramai pihak.

“TLDM akan marah jika projek itu dibatalkan (kerana membabitkan aset mereka) dan tindakan itu juga akan menyebabkan 400 vendor gulung tikar dengan 90% daripada jumlah vendor itu adalah kalangan veteran tentera,” katanya dipetik laporan Harian Metro semalam.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR itu berkata isu LCS bukan mahu dipolitikkannya dan menegaskan kos belanja besar yang digunakan tersebut melibatkan wang rakyat.

“Projek RM9 bilion, dah belanja RM6 bilion, sentimen politik apa yang dibicarakan ini? RM6 bilion duit rakyat.  Jangan guna (alasan) keselamatan negara.

“Keselamatan negara macam mana kalau sampai bahan, alat-alat ketenteraan dan pertahanan penting pun masih mahu dirompak dan diambil komisen,” katanya lagi.

Semalam, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.

Mengikut PAC, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Berita berkaitan
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
13 jam lalu· Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
13 jam lalu· Politik
Soal keselamatan diteliti sebelum audit skandal LCS didedahkan: Wan Junaidi
17 jam lalu· Isu semasa
Zahid ajak akar umbi pertahan ‘Raja Media Sosial’ Najib
19 jam lalu· Politik
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
11 jam lalu · Politik
‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’
17 jam lalu · Politik
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
19 jam lalu · Politik
Tolong buktikan pemimpin UMNO terlibat dalam skandal LCS, kata Pemuda
22 jam lalu · Politik
RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan
August 16, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok