Anwar berkomplot dengan Kluster Mahkamah nak jadi PM, sayap Bersatu beritahu Rafizi

August 30, 2022 · Politik

Rafizi Ramli diminta tidak memutarbelitkan fakta dengan menjadikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai sasaran serangannya semata-mata untuk menjadi popular, kata seorang Exco sayap Bersatu.

Exco Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata Timbalan Presiden PKR itu perlu memandang ke depan dan tidak membangkitkan peristiwa lampau memandangkan Presidennya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalinkan kerjasama rahsia secara senyap-senyap semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

“Nasihatkan Presiden kamu sendiri supaya berhenti membuat perjanjian sulit untuk mendapat sokongan.

“Seluruh negara sudah mendengar panggilan tular Anwar dengan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk mendapatkan sokongan Kluster Mahkamah. Kenapa kamu berdiam diri dalam isu tersebut?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, satu rakaman audio perbualan antara Anwar dengan Zahid tular dalam merancang strategi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh dan Anwar yang pada mula mendakwa memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri sebaliknya masih gagal mendapat sokongan khususnya daripada anak muridnya dan Ahli Parlimen UMNO.

Selain itu, terdapat juga tular surat sokongan kepada Anwar yang dihantar Zahid dan Datuk Seri Najib Razak ke Istana Negara. Anwar bagaimanapun tidak pernah menafikan berhubung surat sokongan tersebut.

Berhubung kecamannya dalam Langkah Sheraton, Harris berkata sikap tergesa-gesa Anwar yang mahu menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah punca kepada krisis politik berlaku ketika itu.

“Rafizi perlu mengakui Anwar Ibrahim, presidennya sendiri, yang mendesak dan memberi tekanan kepada Dr Mahathir kerana gila mahu menjadi Perdana Menteri yang akhirnya menyebabkan berlaku Langkah Sheraton sebelum ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
38 minit lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
48 minit lalu· Politik
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
2 jam lalu· Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu· Isu semasa
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
UMNO pernah pecat Muhyiddin, takkan tak boleh pecat PM? soal Mukhriz
October 2, 2022
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO menang tak lebih 50 kerusi, rakyat dah tahu penipuan mereka
3 minit lalu · Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
2 jam lalu · Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
3 jam lalu · Politik
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
5 jam lalu · Politik
MT UMNO diberitahu Kabinet sudah maklum PRU-15: Ahmad Maslan
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
28 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok