Anwar beritahu, Rafizi, Aminuddin bantah keras pencalonan saya : Rafie

July 31, 2023 · Politik

Calon Bebas,Datuk Dr Mohamad Rafie Abdul Malek mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dan Naib Presidennya, Datuk Seri Aminuddin Harun membantah pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Ampangan.

Rafie yang dipecat PKR kerana bertanding atas tiket Bebas mendakwa Rafizi berbohong dengan berkata dia tidak tahu senarai calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Pada 26 Julai, Presiden PKR telah menghubungi saya menyatakan Rafizi selaku timbalan presiden dan Aminudin Harun sebagai naib presiden membantah keras pencalonan saya.

“Mereka (Rafizi dan Aminuddin) terbabit secara langsung dan mereka mahu mencalonkan (Timbalan Ketua PKR Negeri Sembilan) Nazree Kasim.

“Anwar berkata, untuk mengimbangi keadaan, dia tolak dua-dua nama. Saya tak dibenarkan bertanding, Nazree pun ditolak maka dia pilih calon wanita (Tengku Zamrah Tengku Sulaiman) untuk mengimbangi keadaan,” katanya dalam sidang media, lapor FMT.

Semalam, Rafizi dilaporkan berkata calon PRN Negeri Sembilan dipilih secara telus dan mengikut proses ditetapkan parti.

Rafie kemudian mempersoalkan sama ada Rafizi atau Anwar berbohong mengenai pemilihan calon, selain mempertikaikan Aminuddin yang masih mempertahankan kerusinya di Sikamat yang disandangnya selama tiga penggal.

Bekas exco itu menegaskan Aminuddin yang kini Ahli Parlimen Port Dickson selepas memenangi kerusi itu pada PRU15 November lalu tidak membawa pembangunan di Sikamat.

“Saya mahu tanya pengundi Sikamat apa pembangunan yang dibawa Aminuddin ke Sikamat? Jika dibandingkan dengan Ampangan, begitu banyak pembangunan berlaku sepanjang saya menjadi ADUN.

“Apa yang memusnahkan PKR sekarang ialah kehadiran pemimpin tidak berkualiti seperti Rafizi dan Aminuddin,” katanya.

Pada 2021, Rafie menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Aminuddin sebagai Ketua PKR negeri dengan mendakwa Menteri Besar Negeri Sembilan itu gagal mengukuhkan akar umbi parti menjelang PRU-15.

Ini membawa kepada spekulasi Aminuddin akan diketepikan sebagai menteri besar, walaupun Rafie, yang juga exco negeri, menafikan ada langkah sedemikian.

Berita berkaitan
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok